• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KFA Mohon Tangguh Latihan Pemain Skuad B-22

oleh AK-47
04/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan menghantar surat kepada Ketua Jurulatih skuad Bawah 22 (B-22) kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee hari ini, bagi mengangguhkan penyertaan lima pemain muda negeri ini daripada menyertai kem latihan skuad itu.

Setiausaha Kehormatnya Datuk Aminuddin Omar berkata panggilan ke atas lima pemain muda itu meletakkan Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusoff dalam keadaan dilema untuk melepaskan pemain-pemain berkenaan.

“Kami akui amat tersepit antara khidmat untuk negara dan tanggungjawab kepada negeri, tetapi pada saat kritikal macam ini terutama selepas tewas kepada Perak 2-3 (Liga Super) pada 1 Julai lalu di laman sendiri, Kedah tidak mahu kehilangan khidmat hampir separuh daripada skuad kerana ia akan menjejaskan rentak pasukan.

“Dengan ketiadaan tonggak utama yang mengalami kecederaan, KFA merayu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agar memberi kelonggaran kepada lima pemain tersebut yang dipanggil menjalani latihan sebagai persediaan ke saingan kelayakan Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok, bulan depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Aidilfitri dan Pelancaran ‘Road to Sukma Perak 2018’ di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini hari ini.

Lima pemain muda berkenaan adalah Syafiq Ahmad, Farhan Roslan, Ifwat Akmal, Ariff Farhan Md Isa dan Amirul Hisyam Awang Kechik.

Aminuddin berkata KFA memohon penangguhan tersebut sekurang-kurangnya dua minggu atau sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak sebelum melepaskan pemain-pemain tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata kemampuan pemain simpanan masih banyak yang perlu diperbaiki terutama dalam aspek komunikasi ketika di padang.

“Bukan mereka tidak mampu untuk bersaing tetapi mereka jarang bermain. Jadi persefahaman amat kurang dan ia dapat dilihat ketika menentang Perak. Namun, kita tetap bergantung kepada mereka sehingga pemain utama bersedia untuk beraksi semula,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Aminuddin OmarDatuk Ong Kim SweeKFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

20,000 Cuba Nasib Teka Jumlah Bekas Kuih Raya Ini!

Next Post

ATF Medan Uji Prestasi Kuartet 4x100M Negara

Related Posts

Banjir: Polis Johor Diletakkan Dalam Keadaan Bersiap-siaga

Sumbangan RM6 Juta Dipulangkan Semula – Sanusi

07/01/2024
0

KUALA NERANG: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa wang RM6 juta yang dikaitkan dalam isu rasuah Persatuan Bola Sepak...

Lapor SPRM Jika Wujud Penyelewengan Kewangan Dalam KFA

08/10/2018
0

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mendapati wujudnya penyelewengan...

Next Post

ATF Medan Uji Prestasi Kuartet 4x100M Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd