• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesungguhan Pemain Felda Jadi Tonik Kemenangan Besar

oleh Ahmad Albab
16/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Kesungguhan dipamerkan pemain Felda United menjadi tonik mujarab buat pasukan itu untuk mencatat kemenangan besar 5-1 ke atas T-Team pada saingan Liga Super malam tadi.

Ketua Jurulatihnya B. Satiananthan berkata kejayaan itu juga sekali gus memperbaiki kedudukan The Fighters yang kini menghuni tangga keempat liga selepas mengutip tiga mata penuh di Stadium Tun Abdul Razak, di sini.

“Kemenangan besar ini adalah komitmen, kerjasama dan keazaman yang tinggi dalam kalangan pemain import dan tempatan.

“Pada 25 minit pertama perlawanan, kita menghadapi masalah dengan serangan dilancarkan oleh T-Team terutama penyerang, Joseph Yannick Ndjeng.

“Tetapi pada separuh masa kedua T-Team tiada peluang langsung dan kita pula mencipta banyak jaringan,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan itu.

Satiananthan berkata permainan yang berpihak kepada anak buahnya secara keseluruhan banyak dipengaruhi oleh jaringan pertama Wan Zack Haikal Wan Nor dalam melakar kemenangan.

Beliau berkata meskipun kini persembahan The Fighters semakin mantap, ia belum mencukupi dan masih banyak ruang yang boleh diperbaiki.

“Agak sukar untuk mencari kesempurnaan sesebuah pasukan apatah lagi kita bermain empat perlawanan dalam tempoh yang dekat.

“Kita perlu melakukan penggiliran untuk diturunkan terutama dalam kalangan pemain yang berusia 30-an supaya kecergasan mereka dapat segera pulih.

“Apapun saya gembira sasaran untuk menghuni empat tangga teratas Liga Super kini telah tercapai berbanding tempat kesepuluh ketika saya mula mengambil alih pasukan ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih T-Team Rachmat Darmawan berkata faktor kepada kekalahan mereka ialah kecergasan pemainnya dilihat menurun secara mendadak pada babak kedua perlawanan.

“Kita bermain dengan baik dan mampu menyaingi Felda United hanya pada separuh masa pertama sebelum kecergasan pemain T-Team dilihat menurun.

“Kesempatan ini diambil oleh pihak lawan yang lebih berpengalaman, untuk mengawal permainan pada babak kedua.

“Di samping itu, pertahanan kita juga agak teruk kerana gagal menyerap serangan sehingga mengakibatkan gawang T-Team dibolosi lima kali,” katanya.

Penyerang Felda United, Thiago Augusto Fernandes pula berkata dia amat gembira kerana berjaya meledakkan tujuh gol termasuk dua kali mencatatkan hatrik sejak pusingan kedua Liga Super bermula.

“Saya amat gembira kerana berjaya menjaringkan hatrik pada malam ini dan ketika beraksi menentang Sarawak.

“Saya juga berterima kasih kepada jurulatih kerana memberi kepercayaan kepada saya berada dalam kesebelasan utama dan berharap kecemerlangan ini mampu diteruskan bagi perlawanan Piala Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Felda United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pahang Hargai MFL Tunda Perlawanan Liga Super

23/05/2019
0

KUANTAN - Pasukan Pahang menghargai tindakan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menangguhkan perlawanan Liga Super berdepan Felda United di Kuantan...

Kesilapan Mudah Punca Felda United Diratah Melaka United

16/09/2018
0

MELAKA — Terkejut, itu reaksi Ketua Jurulatih Felda United, B. Sathianathan selepas melihat pasukannya diratah 1-6 oleh Melaka United pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd