Saturday, December 7, 2024

Creating liberating content

Tarikan Pokok Baobab 149...

SESIAPA yang melalui persimpangan antara Jalan Residensi dan Jalan Macalister di sini, akan...

2,000 Siswa Bantu BN...

KUALA LUMPUR - Seramai 2,000 Siswa Barisan Nasional (SBN) akan turun menjelajah ke...

Kerajaan Bakal Naikkan Elaun...

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kenaikan elaun guru-guru menjadi...

Lelaki Warga Emas Maut...

MIRI – Seorang lelaki warga emas ditemui mati dipercayai dibunuh dalam bilik tidur...

Kes Tahanan Lari: 8 Anggota Polis Bebas Reman

GEORGE TOWN – Lapan anggota polis yang direman bagi membantu siasatan kes seorang tahanan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya melarikan diri awal pagi Ahad lepas, dibebas dengan jaminan polis selepas tempoh tahanan reman mereka tamat hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye berkata lapan anggota berumur 27 hingga 59 tahun itu digantung kerja sehingga siasatan selesai.

“Nelayan berusia 56 tahun yang turut ditahan pula disambung reman selama tiga hari lagi untuk siasatan lanjut.

“Semua anggota polis itu bukan dibebaskan terus sebaliknya dengan jaminan polis dan jika didapati terlibat mereka akan didakwa di mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Kontinjen Pulau Pinang, di sini hari ini.

Dalam kejadian awal pagi Ahad itu, tiga tahanan dibawa keluar dari lokap berpusat Bayan Baru pada 2 pagi dengan alasan untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, siasatan mendapati mereka dibawa bertemu keluarga masing-masing di Sungai Ara.

Seorang daripada tahanan terbabit berumur 43 tahun melarikan diri ketika dikatakan bertemu dengan rakannya di Sungai Nibong selepas menemui keluarganya di sebuah kondominium di Sungai Ara.

Chuah berkata kertas siasatan kes itu hampir siap dan pihaknya sedang melengkapkan beberapa lagi maklumat sebelum menyerahkannya kepada Bukit Aman untuk dapatkan arahan tambahan dan seterusnya mengemukakan kepada Ketua Unit Pendakwaan Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.


“Setakat ini seramai 15 saksi yang mempunyai kaitan dan maklumat berhubung kejadian itu termasuk anggota keluarga tahanan yang melarikan diri telah direkod keterangan. Saya percaya kertas siasatan kes berkenaan dapat disiapkan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman telah membuat pemeriksaan di lokap berpusat Bayan Baru bagi membantu pihaknya menjalankan siasatan termasuk memberi nasihat serta menambah baik termasuk dari segi keanggotaan dan prosedur operasi standard (SOP) di situ.

“Selepas selesai siasatan itu, JIPS Bukit Aman akan memberi dan mencadangkan beberapa perubahan termasuk kemungkinan rombakan di lokap itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Chuah berkata seorang pelajar wanita sebuah kolej swasta di negeri ini berusia 21 tahun mendakwa dicabul pembantu khas seorang Anggota Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang di kawasan tempat letak kereta di luar sebuah pusat hiburan di Lebuh Pantai, Khamis lepas.

Beliau berkata polis sudah merekod keterangan pelajar wanita yang bekerja secara sambilan sebagai pelayan di pusat hiburan itu dan lelaki berusia 40-an terbabit hari ini. – BERNAMA

Kategori