• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Pecah Masuk Pejabat, KP JPJ Serah Pada Polis

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron meminta masyarakat tidak membuat spekulasi berhubung kejadian pejabatnya dipecah masuk baru-baru ini dan menunggu hasil siasatan polis.

Katanya beliau juga menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan wujud cubaan untuk menjatuhkannya selaku Ketua Pengarah JPJ.

“Kita serah kepada polis untuk siasat jika wujud dalang di sebalik kejadian pejabat saya dipecah masuk,” katanya kepada pemberita pada majlis makan malam dan perasmian Kursus Kecemerlangan dan Kecergasan JPJ, di sini malam tadi.

Nadzri turut menafikan kejadian itu ada kaitan dengan kes Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ, Datuk Yusof Ayob yang didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya Selasa lalu, kerana kesalahan memandu di lorong kecemasan.

“Bagi kes Datuk Yusof pula tidak kira siapa yang buat kesalahan perlu diambil tindakan. Kita mesti patuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya

Menurutnya susulan kes berkenaan, JPJ akan membuat tapisan lebih rapi dan memperketatkan syarat pengambilan pegawai yang akan ditempatkan di Unit Pasukan Tindakan Khas (PTK) JPJ.

Pihaknya juga menggantung dahulu aktiviti PTK, katanya.

Susulan kejadian pecah masuk pejabat ketua pengarah JPJ pada 13 Julai lalu, tiga anggota PTK ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan. – BERNAMA

Tags: JPJpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

[TIDAK RASMI] BN Mendahului Lebih 2,000 Undi Di DUN Linggi, Aminuddin Ketinggalan

[TIDAK RASMI] BN Mendahului Lebih 2,000 Undi Di DUN Linggi, Aminuddin Ketinggalan

01/08/2026
0

SEREMBAN - Calon Barisan Nasional (BN) sedang mendahului lebih 2,000 undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi berdasarkan kiraan tidak...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd