• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Morais: Dr Kunaseegaran Bebas 6 Tuduhan

oleh AK-47
28/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan dan membebaskan Pakar Patologi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM), Kolonel Dr R. Kunaseegaran daripada enam pertuduhan salah guna peralatan HATTM tanpa pengetahuan hospital berkenaan.

Hakim Slamat Yahya turut melepaskan dan membebaskan bekas pembantu juruteknologi makmal HATTM, Yazid Lamin, 47, daripada tiga pertuduhan bersubahat dengan Dr Kunaseegaran, 54, membawa keluar peralatan makmal patologi HATTM tanpa pengetahuan hospital itu.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas berpuas hati pembelaan kedua-dua tertuduh berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dr Kunaseegaran, yang direman di Penjara Sungai Buloh dekat sini, turut menghadapi pertuduhan bersubahat dengan tujuh lelaki lain dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais, dua tahun lepas.

Bagi enam pertuduhan itu, Dr Kunaseegaran didakwa menggunakan harta kepunyaan HATMM termasuk alat ‘Microtome’, ‘Microtome Rotary System’ dan ‘Circular Parafin Floating Bath’ tanpa pengetahuan pihak hospital berkenaan, di No 23 dan No 26 Galeri Empire, Jalan Empayar melalui Jalan Sultan Ibrahim, Klang dekat sini pada Jun 2010 dan April 2012.

Kesemua pertuduhan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebat, serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara Yazid yang juga bekas pegawai waran tentera, dituduh bersubahat dengan Dr Kunaseegaran dengan membawa keluar harta kepunyaan hospital itu, antaranya alat ‘Microtome’ berjenama Thermo Shandon Finesse E+ dan ‘Microtome Rotary System’ berjenama Leica tanpa pengetahuan hospital berkenaan.

Kesemua pertuduhan itu didakwa dilakukan di Clinipath (Malaysia) Sdn Bhd, No 23, Galeri Empire, Jalan Empayar, Off Persiaran Sultan Ibrahim/KU 1, Klang, pada Jun 2010.

Yazid yang sebelum ini berkhidmat selama 25 tahun dalam Angkatan Tentera dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 403 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Slamat berkata setelah meneliti keterangan semua saksi pendakwaan, eksibit dan pembelaan kedua-dua tertuduh, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan siapa yang membawa ketiga-tiga peralatan berkenaan (seperti dalam pertuduhan) ke makmal.

“Kedua-dua tertuduh nafi ada memberi arahan atau memindahkan peralatan itu, bahkan tiada catatan untuk buktikan bahawa kedua-dua tertuduh telah memindahkan peralatan itu. Tiada asas untuk tunjukkan kesemua peralatan itu ada didaftar di HATMM dengan sempurna dan kegagalan saksi pendakwaan ke-12 (kakitangan yang daftar peralatan) berbuat demikian menjadikan beliau seorang saksi yang tidak credible.

“Keterangan saksi pendakwaan juga konsisten dengan pembelaan kedua-dua tertuduh bahawa peralatan-peralatan tersebut digunakan untuk tujuan latihan dan justeru, walaupun pembelaan kedua-dua tertuduh tidak disokong dengan keterangan saksi pembelaan lain, mahkamah berpuas hati pembelaan mereka berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohammed Heikal Ismail sementara Dr Kunaseegaran dan Yazid diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent. – BERNAMA

Tags: Dr Kunaseegaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Siapa Kenal Dr Kunaseegaran? – Najib

21/04/2020
0

NAMA Najib ramai yang kenal. Nama mendiang Kevin Morais yang dibunuh dengan cara begitu kejam juga ramai yang kenal. Tetapi...

Rasuah: Dr. Kunaseegaran Diperintah Bela Diri

07/03/2018
0

SHAH ALAM – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini memerintahkan pakar Patologi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM), Kolonel Dr....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd