• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kertas Siasatan Kes Tahanan Lolos Hampir Siap

oleh Ahmad Albab
16/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kertas siasatan kes lapan anggota polis dan seorang nelayan ditahan membantu siasatan seorang tahanan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya melarikan diri awal pagi Ahad lepas, hampir siap.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata kertas siasatan kes itu dijangka diserahkan kepada Bukit Aman dalam masa terdekat.

“Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes itu dan kami akan serahkan kepada Bukit Aman dalam masa dua atau tiga hari lagi sebelum merujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan Pulau Pinang bagi tindakan selanjutnya. Saya percaya kes itu dapat disiapkan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anuar berkata nelayan berusia 56 tahun yang tamat reman hari ini dibebaskan dengan jaminan polis selepas polis melengkapkan siasatan ke atasnya.

Dalam kejadian awal pagi Ahad itu, tiga tahanan dibawa keluar dari lokap berpusat Bayan Baru pada 2 pagi dengan alasan untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, siasatan mendapati mereka dibawa bertemu keluarga masing-masing di Sungai Ara.

Seorang daripada tahanan terbabit Anuar Ayat, 43, melarikan diri ketika dikatakan bertemu dengan rakannya di Sungai Nibong selepas menemui keluarganya di sebuah kondominium di Sungai Ara.

Susulan itu, polis menahan lapan anggota berumur 27 hingga 59 tahun dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis pada Rabu lepas dan mereka digantung kerja sehingga siasatan selesai.

Katanya usaha memburu Anuar masih giat dijalankan. – BERNAMA

Tags: lolosTahanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bersih Gesa K’jaan Bebaskan Tahanan Protes Air Sabah

Bersih Gesa K’jaan Bebaskan Tahanan Protes Air Sabah

18/06/2024
3

Gabungan NGO untuk pilihan raya bersih dan adil (Bersih) menuntut pihak berkuasa membebaskan sembilan individu tanpa dokumen yang ditahan ketika...

Kajian SSPA Diumum Pada Suku Keempat Tahun Ini – Anwar

Gagal Lolos Sekatan JPJ, Beri Alasan Sukar Kencing Kepada AADK

09/02/2024
0

BUTTERWORTH: Seorang penunggang motosikal yang cuba melarikan diri ketika sekatan jalan raya di susur masuk Jambatan Pulau Pinang malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd