• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Negeri Mahu Bersaing Peringkat Global

oleh AK-47
13/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri melalui Yayasan Sabah mahu melihat lebih ramai modal insan Sabah yang berjaya seterusnya mampu bersaing di persada global, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Untuk itu, Musa yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, berkata para pelajar yang menerima biasiswa yayasan itu perlu menjadikan tajaan tersebut sebagai motivasi serta pencetus semangat untuk mencipta lebih banyak kecemerlangan di peringkat lebih tinggi.

“Perlu diingat bahawa Malaysia sedang menuju ke arah matlamat menjayakan Transformasi Nasional (TN50). TN50 akan menjangkau proses dan gerak kerja selama tiga dekad bagi memacu hala tuju kemajuan negara pada fasa yang seterusnya.

“Sudah tentu modal insan menjayakan misi nasional ini adalah anak-anak yang memenuhi auditorium pada hari ini,” katanya pada Majlis Penyampaian Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah Siri ke-28 di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha, di sini hari ini.

Seramai 25 pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 menerima biasiswa tersebut.

Musa berkata kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan komited terhadap usaha pembangunan serta pemantapan sistem pendidikan di Sabah, dan tanggungjawab itu bukan sekadar menambah serta meningkatkan peluang pendidikan untuk rakyat di negeri ini tetapi juga menitikberatkan kualiti pendidikan.

“Dalam aspek ini, kerajaan menyediakan peruntukan besar bagi membolehkan aktiviti serta program sektor pendidikan dan pembangunan modal insan di Sabah berjalan lancar. Peruntukan itu juga selaras dengan hasrat dan aspirasi kerajaan bagi memangkin pertumbuhan dan produktiviti negara,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Musa turut menasihatkan semua pelajar Sabah untuk sentiasa mengutamakan disiplin sama ada di peringkat sekolah mahupun di universiti bagi memastikan mereka memanfaatkan sepenuhnya waktu menuntut ilmu demi menjamin masa depan lebih baik.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada ibu bapa serta warga pendidik atas bimbingan, semangat serta kegigihan dalam menggilap potensi modal insan berkualiti sebagai aset penting negeri dan negara.

Sementara itu, Pengarah Yayasan Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata sejak anugerah biasiswa berprestif itu diamanahkan oleh kerajaan negeri kepada Kumpulan Yayasan Sabah pada 1990, seramai 488 orang telah menerima tajaan pendidikan tersebut.

Daripada jumlah itu, 345 pelajar telah menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dan 25 daripada mereka berjaya memperoleh ijazah kelas pertama dalam bidang masing-masing, katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Musa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tahan Musa Aman, Didakwa Petang Ini

05/11/2018
0

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk menghadapi...

Kertas Siasatan Kes Musa Dijangka Diserah Kepada TPR

24/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis dijangka menyerahkan kertas siasatan melibatkan Tan Sri Musa Aman berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd