• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Akan Lancar 4 PPR Di Johor Oktober Ini

oleh Ahmad Albab
30/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan akan melancarkan empat Program Perumahan Rakyat (PPR) pada Oktober ini merangkumi pembinaan 1,930 unit rumah, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata kesemua projek itu yang dianggar menelan kos keseluruhan kira-kira RM330 juta dijangka siap sepenuhnya dalam masa tiga tahun.

Empat kawasan yang akan dibangunkan PPR ialah kawasan Permas Jaya, Masai, Ulu Tiram dan Bandar Tenggara, kata beliau kepada pemberita selepas program tinjauan mesra projek-projek di bawah Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M), di sini hari ini.

Katanya semua perancangan mengenai empat PPR itu telah siap termasuk kontraktor juga sudah dilantik.

Noh berkata setiap unit PPR yang berkeluasan 750 kaki persegi terbabit akan dijual pada harga RM35,000 walaupun kos sebenar RM180,000 dengan baki kos ditanggung kerajaan.

Bagi tempoh 2015 hingga kini, lebih 5,000 unit PPR dilancarkan di Johor melibatkan perbelanjaan RM845 juta. – BERNAMA

Tags: PPR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fuhhh… Suami Siti Saleha Idam 11 Orang Anak!

Next Post

Aiyokk Che Ta Bagi Warning! Jaga-Jagalah Korang

Related Posts

Johor Bina, Naik Taraf PPR – Onn Hafiz

Johor Bina, Naik Taraf PPR – Onn Hafiz

23/08/2022
0

JOHOR BAHRU : Johor akan membina dan menaik taraf Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negeri dalam usaha meningkatkan kesejahteraan...

KWP Cadang Bina Parkir Bertingkat Di PPR Seri Anggerik

19/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bercadang membina parkir bertingkat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Anggerik, Jalan Klang...

Next Post

Aiyokk Che Ta Bagi Warning! Jaga-Jagalah Korang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd