• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Parti Warisan ‘Prejudis’ – MP Papar

oleh AK-47
24/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kenyataan Parti Warisan Sabah (Warisan) kononnya UMNO  campur tangan untuk melarang kempen derma darah yang ingin dilaksanakan parti itu di Pekan Papar baru-baru ini adalah bersifat berat sebelah dan prejudis, kata  Anggota Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata kenyataan parti pembangkang itu bukan sahaja tidak profesional malah memberi persepsi negatif terhadap pentadbiran Hospital Papar dan kepimpinan UMNO Papar.

Katanya sepatutnya Warisan merujuk kepada sumber-sumber yang sahih, meneliti dan memahami dengan jelas berkenaan peraturan atau pekeliling Perkhidmatan Awam sebelum mengeluarkan kenyataan itu.

“Sebagai makluman di bawah peraturan 21(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Pegawai Awam dalam Pengurusan Tertinggi dan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.

“Tindakan ini supaya ia tidak bertentangan dengan prinsip ‘neutrality’ (berkecuali) dan ‘impartiality’ (saksama) yang diamalkan dalam perkhidmatan awam. Keadaan ini juga boleh membawa suasana yang tidak harmoni di tempat kerja. Dan sekiranya terdapat pegawai yang melanggar/mengingkari arahan ini, tindakan tatatertib hendaklah dikenakan ke atas mereka berdasarkan peraturan yang dinyatakan di atas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rosnah yang juga timbalan menteri kerja raya berkata isu utama dalam program berkenaan ialah penganjur menggunakan nama parti untuk menganjurkan kempen derma darah tersebut dan tindakan Pengarah Hospital Papar untuk tidak terlibat dengan kempen seumpama itu wajar setelah mengambil kira Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.

Menurutnya, program murni seumpama itu seharusnya tidak dijadikan isu sensasi sebagai platform untuk menarik perhatian masyarakat dan dalam masa yang sama memperkecilkan tugas dan tanggungjawab sesuatu pihak.

“Maksudnya pelaksana program ini perlu mempunyai pilihan alternatif bagi membantu mereka. Tindakan pihak ini juga boleh dipertikaikan kenapa perlu membawa lambang parti untuk melaksanakan program derma darah tersebut? Kenapa tidak bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lebih bersikap berkecuali seperti yang pernah dilakukan oleh pelbagai pihak sebelum ini,” tegasnya.

Menurut Rosnah, pada tahun ini sebanyak 11 kali program kempen derma darah dilaksanakan di daerah ini yang melibatkan kerjasama pihak Hospital Papar dan NGO.

Oleh hal yang demikian katanya, tuduhan yang mengatakan pihak hospital tidak memberikan kerjasama dan pemimpin UMNO menghalang kempen derma darah anjuran Warisan adalah berniat jahat dan lebih kepada motif politik untuk memfitnah serta cuba menjatuhkan imej pemimpin UMNO dan jabatan atau agensi kerajaan.

“Dan tuduhan melulu mengatakan terdapat campur tangan pemimpin UMNO merupakan tuduhan yang tidak berasas, kerana tiada seorang pun pemimpin UMNO di daerah ini yang tahu mengenai program tersebut apatah lagi campur tangan di dalam tindakan yang dibuat oleh pihak Hospital.

“Walaupun UMNO/BN mewakili kerajaan, pemimpin UMNO daerah ini tidak pernah mengambil peluang dan melaksanakan sesuatu program  menggunakan lambang parti, yang menjejaskan pegawai kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pan Borneo Di Sarawak, 2% Cepat Daripada Jadual

05/04/2018
0

KUALA LUPUR - Pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak berada pada tahap kira-kira dua peratus lebih cepat daripada jadual,...

109 Sekolah Daif Akan Dibaik Pulih, Naik Taraf Tahun Ini

14/01/2018
0

PAPAR - Kerajaan sudah mengenal pasti 109 sekolah daif di seluruh Sabah untuk dinaik taraf dan baik pulih tahun ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd