• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian Justine Damond- Australia Tuntut Penjelasan

oleh Ahmad Albab
19/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CANBERRA – Kerajaan Australia menuntut jawapan daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat berhubung kes kematian rakyatnya, Justine Damond, 40 yang ditembak anggota polis di Minneapolis, baru-baru ini, demikian menurut agensi berita Xinhua.

Damond mati ditembak anggota polis yang datang selepas wanita itu menghubungi talian kecemasan 911 bagi melaporkan kes pergaduhan berhampiran kediamannya.

Nama polis yang menembak mangsa didedahkan sebagai Mohamed Noor.

Wanita itu yang memakai pakaian tidur, tidak bersenjata ketika menghampiri kenderaan polis.

Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull ketika bercakap di saluran televisyen tempatan hari ini berkata pihaknya mahukan jawapan terhadap tragedi yang berlaku itu.

“Kami mahukan penjelasan terhadap apa yang berlaku, ia pembunuhan yang mengejutkan dan sesuatu yang sukar untuk diterima… kami amat bersimpati dengan keluarga mangsa,” katanya.

Menurut Turnbull, kerajaan juga menuntut jawapan bagi pihak keluarga mangsa.

“Mengapa seorang wanita yang memakai baju tidur dan berdiri di tepi jalan meminta bantuan daripada pihak polis, ditembak seperti itu? Pembunuhan di Minneapolis ini benar-benar tragik,” katanya.

Kenyataan Turnbull dibuat susulan pendedahan anggota polis yang menembak Damond mula bertugas dengan jabatan polis tempatan itu sejak dua tahun lalu, namun mempunyai beberapa aduan terhadap perkhidmatannya.

Sementara itu, kira-kira 300 anggota keluarga dan rakan menghadiri upacara memperingati mangsa yang diadakan di Freshwater Beach, Sydney, pagi tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, tunang Damond, Don pula dilaporkan berkata anggota keluarganya masih belum diberikan maklumat terbaharu berhubung kes berkenaan.

“Kami telah kehilangan orang yang disayangi, kini kami amat terdesak untuk tahu apa sebenarnya yang berlaku,” katanya di Minneapolis. – BERNAMA

Tags: kes tembak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd