• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelonggaran Syarat Lulus BM Cabar Kedudukan

oleh AK-47
05/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu (BM) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam pengambilan pegawai perubatan UD41 disifatkan seakan mencabar kewibawaan, kedudukan dan keistimewaan bahasa kebangsaan itu.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata isu berkenaan tidak seharusnya dibangkitkan atau disentuh kerana Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia merupakan salah satu elemen di dalam perlembagaan negara.

Beliau berkata Bahasa Melayu telah terbukti sebagai ‘lingua franca’ yang dituturkan lebih daripada 300 juta orang di seluruh negara dan menjadi salah satu medium komunikasi yang tidak dipertikaikan.

“Saya tidak nampak alasan mengapa Bahasa Melayu perlu diketepikan dalam soal kita hendak memenuhkan ruang kosong (jawatan) dalam Kementerian Kesihatan sama ada di hospital kerajaan atau swasta di negara ini.

“Bahasa adalah jiwa bangsa dan saya berpegang pada prinsip hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada 2 Julai lepas Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, syarat lulus Bahasa Melayu di peringkat SPM dilonggarkan bagi memudahkan pelantikan secara kontrak jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 bagi graduan perubatan yang tidak menduduki peperiksaan BM di peringkat SPM atas pelbagai sebab.

Katanya kelonggaran itu merangkumi graduan perubatan yang telah menjalani persekolahan di luar negara, mereka yang menduduki peperiksaan O-level di sekolah antarabangsa atau Bahasa Melayu di universiti, dan beberapa kategori lain.

Mengulas lanjut, Idris berkata sebagai pengamal perubatan yang merupakan warganegara Malaysia, seseorang itu harus mempunyai keupayaan berbahasa Melayu dengan baik tidak kira mereka mempunyai kelulusan ijazah dari dalam atau luar negara.

Beliau berkata kriteria itu juga penting bagi memastikan mereka dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di negara ini yang memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris HaronLulus BM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohon UMNO Pusat Batal Kelayakan Idris Bertanding

27/06/2018
0

MELAKA - Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu memohon kepimpinan tertinggi UMNO pusat membatalkan kelayakan Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Idris...

UMNO Melaka Fail Petisyen Cabar Keputusan PRU14

25/06/2018
0

MELAKA - UMNO Melaka telah memfailkan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin lepas bagi mencabar keputusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd