• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelewatan Jemaah Haji Dapat Visa Bakal Selesai

oleh Ahmad Albab
30/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan kira-kira satu peratus jemaah haji yang menghadapi kesulitan penerbangan ke Tanah Suci akibat kelewatan visa supaya bersabar kerana masalah itu akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Bahagian Hal Ehwal Awam dan komunikasi Korporat TH dalam kenyataan hari ini berkata proses mendapatkan dan mencetak visa haji sedang giat diijalankan yang mana TH dan Kedutaan Arab Saudi sentiasa bekerjasama dan memantau perkara itu termasuk pada cuti hujung minggu.

“TH memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi. Mereka akan diterbangkan ke Tanah Suci sebaik visa diperoleh,” menurut kenyataan itu.

Menurut TH, kelewatan pengeluaran visa berlaku akibat permohonan yang sangat tinggi dalam sistem berkenaan yang mengendalikan jutaan permohonan jemaah haji dari seluruh dunia.

TH berkata kelulusan untuk mendapatkan visa perlu melalui proses yang terperinci untuk setiap jemaah haji termasuk data peribadi, perjanjian tempat penginapan di Makkah dan Madinah, penerbangan, pengangkutan dan sajian serta butiran bayaran kepada pihak berkuasa Arab Saudi.

Menurut TH, jemaah haji yang lewat mendapat visa akan disediakan tempat penginapan dan makanan di Kompleks Haji Kelana Jaya dengan kos berkenaan akan ditanggung sepenuhnya. – BERNAMA

Tags: jemaah haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

138 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia Di Arab Saudi

18/06/2024
0

JAKARTA : Sekurang-kurang 138 jemaah haji Indonesia telah meninggal dunia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, menurut Konsulat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd