Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Laut Bergelora SAR 3...

SANTUBONG - Keadaan laut bergelora serta angin kencang menyukarkan operasi mencari dan menyelamat...

Pemain Ditampar Harap Cikgu...

ALOR GAJAH : “Kami kenal Cikgu Hadee lebih lima tahun, anak saya kedua-dua...

Chelsea Yakin Kalahkan PSG...

N'GOLO Kante hampir menetapkan masa depannya buat Chelsea dan menandatangani kontrak jangka panjang...

Nik Elin, Anak ‘Busybody’...

PUTRAJAYA – Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli yang...

Kelayakan AFC B-23: Tumpukan Pemain Sedia Ada

PETALING JAYA – Ketua jurulatih bola sepak kebangsaan dinasihat supaya memberi tumpuan latihan kepada pemain yang hadir ke kem latihan pusat, kata Timbalan Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) Datuk Yusoff Mahadi.

“Daripada menunggu sesuatu yang belum pasti, lebih baik tumpukan sahaja pada pemain yang sedia ada,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), di Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas situasi malang yang menimpa ketua jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee selepas gagal menghimpunkan pemain utama skuad Bawah 22 (B-22) menjelang saingan kelayakan Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2018 di Bangkok, Thailand, pada 19 Julai ini.

Katanya, seramai tujuh pemain baharu sudah dipanggil bagi mengisi kekosongan tersebut dan kini fokus FAM hanya tertumpu kepada usaha mempersiapkan pasukan itu yang turut membawa cabaran negara pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) Ogos ini.

Tujuh pemain baharu itu termasuk tiga pemain Negeri Sembilan; Sea Eugene Selvaraj, L. Kalaiharasan dan Fauzan Fauzi diikuti Faridzuean Kamaruddin (Sime Darby), Ahmad Solehin Mamat (Kuala Lumpur), Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak) dan Akhyar Rashid (Kedah).


“Mungkin Kim Swee masih mengharapkan pemain-pemain utamanya itu dapat datang tetapi ia bukan lagi misi utama pasukan. Kita sudahpun mempunyai pemain yang lengkap untuk beraksi di Bangkok jadi lebih baik kita titik beratkan soal kejohanan.

“Semangat bermain untuk negara itu yang penting. Saya lihat pemain baharu yang kita panggil ini mempunyai semangat juang yang tinggi dan kualiti yang tidak kurang hebatnya daripada pemain yang dipanggil sebelum ini,” kata Yusoff.

Pasukan negara yang diundi berada dalam Kumpulan H dijadual bertemu Indonesia pada aksi pembukaan 19 Julai ini dan Thailand pada 21 Julai sebelum membuat perhitungan bersama Mongolia pada 23 Julai untuk melengkap kempen kelayakan tersebut. – BERNAMA

Kategori