• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah, Perak Teruskan Rentak Kemenangan

oleh Ahmad Albab
08/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Kedah meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Piala Malaysia selepas melakar kemenangan selesa 5-0 ke atas UiTM FC pada aksi Kumpulan C di Stadium UiTM, Shah Alam, malam ini.

Kemenangan kedua berturut-turut itu menyaksikan skuad Lang Merah terus mengungguli carta kumpulan dengan kutipan enam mata.

Lima gol Kedah dijaringkan Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ketiga, Liridon Krasniqi (minit ke-43), Ken Ilso Larsen (minit ke-80), Sandro Da Silva Mendonca (minit ke-90) dan Muhammad Ariff Farhan Md Isa pada penghujung perlawanan.

Juara tujuh kali, Perak turut meneruskan rentak kemenangan selepas menang bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur dalam Kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat sini.

Tiga gol skuad ‘The Bos Gaurus’ dijaringkan dua pemain import mereka, Gilmar Jose Da Silva Filho pada minit ke-59 dan 83, serta gol daripada Leandro Dos Santos pada minit ke-72.

Pendahulu Liga Perdana, Negeri Sembilan pula gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila seri 3-3 menentang wakil kelab, T-Team dalam aksi Kumpulan A di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Tiga gol skuad Rusa dijaringkan Bruno Suzuki pada minit ketiga, Jonathan Behe (minit ke-23) dan Farderin Kadir pada minit ke-83.

Sementara, tiga gol T-Team disumbangkan Muhamad Fakhrurazi Musa pada minit ke-74, sepakan penalti oleh Dilshod Sharofetdinov pada masa kecederaan babak kedua perlawanan, selain gol sendiri pemain pertahanan Negeri Sembilan, Annas Rahmat pada minit ke-53.

Naib juara Piala FA 2017, Pahang terus dirundung malang apabila mencatat keputusan seri 1-1 menentang pasukan Liga Perdana, PKNP FC dalam aksi Kumpulan A di Stadium Perak, Ipoh.

Matheus Alves Leandro terlebih dahulu meletakkan Pahang di hadapan pada minit ke-51 sebelum Mohamad Hafiz Ramdan menyamakan kedudukan untuk PKNP FC pada minit ke-80.

Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim turut meraih satu mata selepas terikat tanpa jaringan menentang Terengganu dalam aksi Kumpulan D di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Tiga lagi aksi Piala Malaysia melibatkan pertemuan PKNS FC dan Felda United (Kumpulan B); Melaka United berdepan Kelantan (Kumpulan C) serta aksi Kumpulan D antara Sarawak dan Selangor akan berlangsung esok. – BERNAMA

Tags: Piala Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Krisis Dalaman: Ahli UMNO Diingat Tak Ulangi Kesilapan

Next Post

1,000 Peminat Serbu Kareena Di Kedai Jus Buah Bangsar

Related Posts

Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas Berikutan Serangan Siber

Padang Rosak Stadium Nasional Tak Banyak Berubah

08/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Keadaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil tampak tidak banyak berubah ketika aksi final Piala Malaysia antara Johor...

Final Piala Malaysia: Padang SNBJ Belum Bersedia?

Final Piala Malaysia: Padang SNBJ Belum Bersedia?

04/12/2023
0

PETALING JAYA – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mendapat kritikan hebat selepas keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) masih belum...

Next Post

1,000 Peminat Serbu Kareena Di Kedai Jus Buah Bangsar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd