Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

Empat Pelajar Sekolah Terlibat...

PETALING JAYA : Empat pelajar sekolah ditahan dipercayai terlibat dalam kejadian pergaduhan di...

Warga Malaysia Ke-3 Paling...

KUALA LUMPUR - Warga Malaysia merupakan penduduk ketiga yang paling kurang bercuti di...

Luluskan Segera Permohonan Pekerja...

Putrajaya : Majlis Pemulihan Negara (MPN) mahu proses kelulusan bagi permohonan mendapatkan pekerja...

Lebuhraya PLUS Tapah-Gopeng Ditutup...

KUALA LUMPUR - Lebuhraya Utara-Selatan antara Tapah-Gopeng ditutup kedua-dua hala sejak tengah hari...

Kaedah Baharu Tangkap Anjing Liar Dipersetujui

KUCHING – Kaedah baharu untuk menangkap anjing liar bagi mengekang wabak rabies atau penyakit anjing gila telah pun dipersetujui, kata Presiden Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SSPCA) Sarawak Datin Dona Drury Wee.

Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak telah memesan enam jaring penangkap anjing daripada persatuan itu yang akan dihantar  minggu depan manakala Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pula memesan empat jaring penangkap anjing yang akan dihantar esok.

“Jadi mereka mengubah kaedah untuk menangkap anjing supaya selaras dengan garis panduan antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas menerima  suntikan vaksin pra gigitan rabies di Makmal Diagnostik Veterinar, Jalan Datuk Mohd Musa di sini hari ini.

Sebanyak 158 sukarelawan dan petugas barisan hadapan menerima suntikan vaksin pra gigitan rabies hari ini.

Dona berkata kerajaan melakukan yang terbaik untuk mengambil langkah pencegahan bagi mengekang wabak itu.

​​​​​​​​​​​​​​Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa  Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan berkata sebanyak 477 ekor anjing telah divaksin hari ini dan menjadikan jumlah haiwan kesayangan yang telah divaksin setakat ini adalah 18,764 ekor terdiri daripada 11,124 ekor anjing, 7,595 ekor kucing dan 45 ekor haiwan lain.

“Esok program pelalian wabak rabies secara besar-besaran akan diadakan di Padang Bola Keranjang, Lorong Arang Everbright Estate, Kuching dari 10 pagi hingga 4 petang. Pemilik haiwan disaran untuk membawa anjing masing-masing untuk pemvaksinan,” kata sekretariat itu.


Dalam kenyataan yang sama, sekretariat itu memaklumkan sebanyak 59 kes gigitan telah dilaporkan pada hari ini terdiri daripada 16 kes di Bahagian Serian dan 43 kes di Bahagian Kuching.

Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku semenjak 1 April 2017 hingga ke hari ini berjumlah 1,075 kes. Sebanyak 29 kes gigitan telah dimulakan suntikan vaksinasi anti rabies pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 652 kes,” katanya sekretariat itu.

Dalam pada itu, sekretariat itu menafikan penyebaran laporan menerusi aplikasi WhatsApp mendakwa Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengumumkan Masjid Darul Abidin, Jalan Astana dekat sini telah telah diisytiharkan sebagai kawasan jangkitan rabies.

Kenyataan  itu tidak benar,” kata sekretariat itu. – BERNAMA

Kategori