• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Guna Air Terawat Selangor Tertinggi Di ASEAN

oleh Ahmad Albab
16/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Kadar penggunaan air terawat di Selangor pada masa kini adalah 250 liter per kapita sehari iaitu kadar yang paling tinggi di rantau ASEAN, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat Selangor supaya lebih bertanggungjawab dengan mengurangkan kadar penggunaan air terawat kerana 30 peratus bekalan air terawat digunakan untuk makan dan minum manakala selebihnya untuk mencuci kereta, pakaian dan menyiram tanaman.

“Pengguna di Selangor perlu membudayakan sikap menggunakan air secara berhemat,” katanya ketika berucap merasmikan Program Jimat Air di Pangsapuri Pelangi Court, Jalan Pekan Baru di sini, hari ini.

Menurutnya kadar penggunaan air terawat di Singapura hanya 150 liter per kapita sehari manakala Thailand 90 liter per kapita sehari.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan supaya air terawat perlu digunakan pada kadar 165 liter per kapita sehari.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata margin rizab air di Selangor adalah pada purata 4.34 peratus pada penghujung 2016 tetapi menurun kepada purata 3.54 peratus tahun ini ekoran peningkatan berterusan permintaan bekalan air. – BERNAMA

Tags: Air terawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semangat Patriotik, Cinta Negara Kurang Jadi Asas Utama Laksana Semula PLKN

Jepun Mula Fasa Keempat Lepas Air Terawat Dari Loji Nuklear Fukushima

28/02/2024
0

TOKYO - Jepun pada Rabu mula melaksanakan fasa keempat pelepasan air radioaktif terawat dari loji kuasa nuklear (NPP) Fukushima yang...

Perak Setuju Jual Air Terawat Kepada Pulau Pinang

Perak Setuju Jual Air Terawat Kepada Pulau Pinang

11/11/2023
0

Manjung : Kerajaan Perak bersetuju menjual air terawat kepada Pulau Pinang selepas perbincangan antara kedua-dua setiausaha kerajaan negeri berkenaan mencapai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd