• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurugambar Pokai Selepas Disaman Monyet

oleh Ahmad Albab
20/07/2017
dalam Gaya Hidup, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEDIH ada, kelakar pun ada. Tapi itulah hakikat dialami jurugambar David Slater yang terpaksa menjadi papa kedana selepas bertarung mendapatkan hak cipta atas gambar swafoto seekor monyet.

Kamera miliknya dirampas oleh seekor monyet yang kemudiannya merakam beberapa keping gambar swafoto sehingga ia tular di Internet.

Memetik laporan The Guardian, Slater tidak mampu untuk membeli tiket penerbangan ke San Francisco bagi menghadiri perbicaraan di mahkamah pada rabu lalu.

Mahkamah rayuan Amerika Syarikat (AS) mendengar kes sama ada seekor monyet boleh mendapatkan hak cipta ke atas gambarnya, sementara Slater menonton prosiding itu menerusi penstriman langsung dari rumahnya di England.

Jurugambar itu bukan sahaja tidak mampu menggantikan kameranya yang telah rosak disebabkan oleh monyet berkenaan, malah tidak mempunyai wang untuk membayar peguamnya sendiri.

Kisah mengenai swafoto monyet mula hangat diperkatakan pada 2011 apabila Slater berkunjung ke Sulawesi, Indonesia dan menghabiskan masa beberapa hari mengikuti sekawan monyet.

Slater mendakwa bahawa gambar-gambar swafoto tersebut adalah miliknya walaupun monyet terbabit yang menekan butang pada kamera itu.

“Ia bukan kelakuan yang dilakukan oleh seekor monyet secara kebetulan. Ia memerlukan pengetahuan yang mendalam seorang jurugambar, kerja keras, penat lelah dan macam-macam perkara lagi,” kata Slater.

Gambar tersebut menjadi popular dan Slater memberitahu bahawa dia memperoleh beberapa ribu Pound Sterling untuk menampung kunjungannya ke negara itu.

Bagaimanapun, gambar tersebut mendatangkan masalah kepada Slater pada 2014 selepas dia meminta blog Techdirt dan Wikipedia untuk berhenti menggunakan imej berkenaan tanpa kebenarannya.

Kedua-dua laman web tersebut enggan berbuat demikian atas alasan gambar yang digunakan mereka tidak memiliki hak cipta memandangkan ia dirakamkan oleh seekor monyet.

Pertubuhan People for the Ethical Treatment of Animals (Peta) memfailkan saman ke atas Slater bagi pihak monyet berkenaan.

Pejabat Hak Cipta AS menyatakan pada 2014 bahawa mereka tidak dapat memberikan hak cipta kepada haiwan dan seorang hakim memutuskan pada 2016 bahawa monyet itu tidak boleh memiliki hak cipta kepada swafoto tersebut.

Sejak itu, kes itu diserahkan kepada mahkamah rayuan persekutuan AS untuk didengari semula. – mStar Online

Tags: Jurugambarmonyet
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Trak Bawa Monyet Makmal Terbalik Di Amerika Syarikat, Punca Panik Awam

Trak Bawa Monyet Makmal Terbalik Di Amerika Syarikat, Punca Panik Awam

30/10/2025
0

Trak Bawa Monyet Makmal Terbalik di Amerika Syarikat, Punca Panik Awam — Namun Dakwaan Jangkitan Penyakit Disangkal Oleh Mynewshub WASHINGTON,...

TULAR: Lelaki Sembur Cat Ke Badan Monyet, Pencinta Haiwan Gesa Tindakan Tegas

TULAR: Lelaki Sembur Cat Ke Badan Monyet, Pencinta Haiwan Gesa Tindakan Tegas

24/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua klip video tular di media sosial mengenai tindakan seorang lelaki menyembur cat ke badan dan muka seekor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd