• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Transaksi JomPAY Meningkat 340 Peratus

oleh Ahmad Albab
08/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah transaksi JomPAY, penyedia perkhidmatan pembayaran bil, meningkat sebanyak 340 peratus dalam tempoh lima bulan pertama 2017 berbanding tempoh sama pada 2016, berikutan ramai pelanggan menyedari mengenai kemudahannya.

Pengarah Urusan Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd (MyClear), Peter Schiesser dalam kenyataan berkata sejak penubuhannya pada 2015, JomPAY telah berkembang menjadi perkhidmatan pembayaran bil dalam talian yang terbesar di Malaysia dengan 1,570 kod pengebil.

Ia merangkumi semua syarikat telekomunikasi, utiliti elektrik, perkhidmatan TV berbayar, penyedia utiliti air di 11 negeri, 98 pihak berkuasa tempatan, institusi pendidikan, syarikat insurans, broker saham, peniaga e-dagang dan perniagaan perusahaan bersaiz kecil dan sederhana.

Perkhidmatan pembayaran bil JomPAY ditubuhkan dan dikendalikan oleh MyClear dengan kerjasama bank-bank di Malaysia.

Pada April 2017, MyClear melancarkan kempen “Be A-Class Ahead: JomPAY dan Menang’ dengan kerjasama bank-bank di Malaysia, yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM1 juta, termasuk dua buah kereta Mercedes-Benz A200 AMG Line sebagai hadiah utama, selain rebat tunai bulanan dan mingguan.

Hari ini, ia mengumumkan pemenang bagi salah satu kereta Mercedes-Benz tersebut, iaitu Soon Chai Peng, yang menggunakan JomPAY untuk pembayaran pinjaman PTPTN.

“Kempen itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan bank di seluruh negara, menunjukkan tarikan kepada JomPAY.

“Kami mempunyai lebih 1.5 juta transaksi JomPAY sejak kempen itu bermula. Ia akan berlangsung sehingga 31 Julai, 2017. Kami akan memberikan sebuah lagi kereta Mercedes Benz A200 AMG pada Ogos, ” kata Schiesser. – BERNAMA

Tags: JomPAY
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd