• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jika Swasta Rayu Diterima, Bomba Pula Kena Ikut Buku!

oleh
07/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disifatkan sebagai ‘kurang budi bicara’ kerana masih enggan mengurangkan caj premium tanah bagi pembinaan balai bomba dan penyelamat di Setia Alam dan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, dekat sini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, tindakan Menteri Besar Selangor itu yang konon patuh pada pekeliling kerajaan negeri berkaitan hal itu dilihat tidak relevan kerana pembinaan projek itu adalah untuk kepentingan awam.

Beliau berkata, sebagai badan eksekutif, Mohamed Azmin sepatutnya faham kegunaan kuasa budi bicara dalam meminda sebarang pekeliling termasuk pengurangan caj premium tanah bagi sebarang tujuan bermanfaat kepada rakyat.

Jelas Noh, walaupun Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mempunyai tanah tersendiri, namun tidak kesemunya sesuai dibina balai, malah jabatan itu pula tidak mempunyai lot tanah di dua kawasan terbabit yang kini semakin pesat dengan pembangunan projek perumahan.

“Mengapa, jika untuk keperluan rakyat seperti ini, menteri besar (Mohamed Azmin) mahu ikut pekeliling tapi rayuan syarikat pemaju swasta untuk kurangkan caj premium tanah bagi tujuan tersendiri diluluskan pula?

“Sikap seperti ini menunjukkan beliau hanya guna budi bicara jika ada kepentingan politik atau untuk kerajaan negeri saja,” katanya kepada pemberita selepas jamuan Aidilfitri anjuran Pertubuhan Peladang dan Lembaga Pertubuhan Peladang Selangor, di sini.

Menurut Noh, caj premium tanah berjumlah RM5 juta bagi BBP Setia Alam dan RM2.4 juta (BBP Bukit Rahman Putra) seperti yang ditetapkan kerajaan negeri adalah terlalu tinggi sedangkan kos pembangunan kedua-dua kemudahan awam itu hanya menelan belanja sekitar RM5 juta sahaja.

Beliau turut menepis dakwaan Mohamed Azmin yang mengatakan Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai peruntukan untuk pembinaan dua BBP itu sedangkan kesemua keperluan berkaitan telah diluluskan malah tapak tanah juga sudah disediakan pemaju kawasan berkenaan.

Namun ujar Noh, usaha berkepentingan rakyat itu masih lagi tergendala akibat isu kerenah caj premium tanah yang tinggi dikenakan oleh kerajaan negeri Selangor sendiri.

“Apa salah bagi 50 peratus diskaun (untuk caj premium tanah), semua sudah tersedia cuma tunggu dilaksana sahaja. Menteri besar konon mahu ikut buku (pekeliling), masakan tidak tahu beza antara undang-undang, pekeliling dan kuasa budi bicara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azmin AliNoh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

Presiden UMNO Boleh Digulingkan MKT

15/03/2023
0

KUALA SELANGOR – Kedudukan Presiden UMNO masih boleh digugat termasuk digulingkan sekiranya mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahli Majlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd