• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT, Kedah Antara Catat Kemenangan Sulung

oleh Ahmad Albab
05/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) antara pasukan beraksi cemerlang apabila mencatat kemenangan setelah menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan sulung Piala Malaysia, malam ini.

JDT memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, ​apabila menjinakkan Sarawak 4-0 hasil jaringan pemain pertahanan dari Brazil, Marcos Antonio pada minit ke-11, sebelum penyerang berbisa dari Argentina Gabriel Guerra menyumbat dua gol pada minit ke-26 dan 73 serta jaringan Natxo Insa pada minit ke-84 bagi melengkapkan kemenangan bergaya skuad Harimau Selatan.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah menewaskan Melaka United 2-0 menerusi jaringan penyerang import dari Brazil, Sandro da Silva (minit ke-29) dan ‘ayam tambatan’ skuad Helang Merah, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-63.

T-Team pula gagal mengambil kesempatan beraksi di tempat sendiri di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, apabila dikejutkan 1-2 oleh pasukan Liga Perdana, PKNP hasil jaringan Muhammad Shahrel Fikri pada minit ke-22 dan 51, manakala gol ‘The Titan’ dijaringkan Mohamadou Samassa (minit ke-50).

Di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menumpaskan UiTM FC 3-1 dengan Khairul Izuan Rosli menjadi wira The Red Warriors apabila menyumbat dua gol pada minit ke-41 dan 62, sebelum Abou Bakr Al Mel menambah jaringan pada lewat permainan.

Gol sagu hati UiTM FC dijaringkan penyerang dari Nigeria, Akanni-Sunday Wasiu pada minit ke-51.

Pada aksi di Stadium Perak, Ipoh, pasukan tuan rumah Perak menewaskan PKNS 2-0 hasil jaringan pemain import dari Brazil, Thiago Junior pada minit ke-71 dan Gilmar da Silva (minit ke-79) untuk memastikan tiga mata berharga menjadi milik The Bos Gaurus.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang seri 2-2 berdepan Negeri Sembilan yang menyaksikan kedua-dua pasukan sekadar berkongsi satu mata.

Gol Pahang dijaringkan penyerang prolifik dari Brazil, Matheus Alves Leandro pada minit ke-58 dan 63 manakala jaringan Negeri Sembilan disempurnakan Desire William Behe (minit ke-43) dan Lee Andrew Tuck (minit ke-76).

Pada aksi di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Felda United gagal mengutip tiga mata penuh apabila seri 0-0 menetang pasukan Liga Perdana, Kuala Lumpur.

Selangor turut mencatat keputusan seri setelah terikat 1-1 berdepan Terengganu pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Gol The Red Giant dijaringkan Rufino Segovia pada minit ke-43 manakala gol pasukan pelawat menerusi Issey Nakajima (minit ke-64). – BERNAMA

Tags: JDTKedah FAPiala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd