• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadikan Sekolah Angkat Tingkatkan Bahasa Inggeris

oleh AK-47
10/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak termasuk daripada pembangkang diminta mengambil sekolah-sekolah di kawasan mereka sebagai sekolah angkat dan membantu menangani kemerosotan standard Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata kementerian telah menulis kepada semua ADUN berhubung hal itu dengan harapan mereka dapat menggalakkan pelajar menggunakan Bahasa Inggeris setiap hari di kawasan sekolah masing-masing.

“Kami juga telah mengambil beberapa langkah lain untuk meningkatkan standard Bahasa Inggeris. Kami mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri mendirikan papan tanda dwibahasa – dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris serta-merta dan menggalakkan guru besar serta pengetua menggunakan Bahasa Inggeris semasa  perhimpunan sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg merasmikan bangunan utama Sekolah Tinggi Katolik di sini hari ini.

Manyin turut mengingatkan bahawa usaha negeri ini meningkatkan kecekapan bahasa dalam kalangan pelajar tidak harus disalahtafsirkan sebagai menurunkan taraf bahasa kebangsaan.

Beliau berkata penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi telah dilaksanakan bertahun-tahun dahulu bagi mewujudkan identiti untuk negara ini dan menyatukan rakyatnya daripada pelbagai bangsa dan agama.

“Kita sememangnya telah mencapai objektif itu,” katanya.

Manyin juga menasihatkan para guru agar tidak membetulkan kesilapan yang dibuat pelajar semasa berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris kerana tindakan itu akan menyebabkan pelajar tidak berminat untuk mempelajari bahasa itu.

“Pelajar akan membetulkan diri mereka sendiri kerana mereka akan terus mempelajari Bahasa Inggeris dan akan semakin mahir,” katanya.

Beliau berharap semua pihak akan bekerjasama untuk memastikan standard Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar bertambah baik demi kebaikan masa depan mereka.

– BERNAMA

Tags: adunDatuk Seri Michael Manyin Jawong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd