• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Alif Satar Tidak Cemburu Dengan Neelofa

oleh AK-47
17/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RATA-RATA kaum isteri pasti tidak senang duduk apabila suami selalu dekat dengan seseorang yang lebih cantik dan muda daripadanya, namun berbeza pula dengan isteri pelakon Alif Satar.

Ini kerana kata Alif, isterinya Shadila Halid, tidak cemburu dia bakal bergandingan dengan bintang sensasi, Neelofa dalam drama terbaru berjudul Red Velvet.

Alif bersama isteri, Shadila Halid.

Kata penyanyi, pelakon dan pengacara itu, isterinya bukan sekadar memberikan sokongan penuh terhadap kerjaya seninya, malah seorang yang sangat memahami dan cukup teruja dengan gandingan berkenaan.

Drama yang bakal diarahkan oleh Michael Ang itu dijadualkan menjalani penggambaran pada Ogos depan.

“Saya sendiri seorang yang bersikap profesional dalam kerjaya dan isteri sedia maklum mengenai perkara itu. Dia juga tak pernah cemburu kerana sememangnya isteri tahu skop kerja yang perlu saya lakukan.

“Isteri saya sendiri tidak sabar untuk melihat saya bergandingan dengan Neelofa menerusi drama ini. Malah selama ini pun dia juga yang sering memberi cadangan dan idea kepada saya, dengan siapa saya patut bergandingan ketika berlakon,” katanya, memetik BH Online. 

Alif, yang sebelum ini popular dengan drama Dia Semanis Honey, berkata pertama kali bergandingan dengan pelakon wanita berkenaan, dia mahu memberikan usaha yang lebih agar persembahannya kali ini mantap.

Bapa kepada dua cahaya mata itu juga tidak berasa bimbang walaupun mengetahui fenomena pernah dicipta Neelofa ketika bergandingan dengan Fattah Amin dalam Suri Hati Mr Pilot, sebelum ini.

“Saya akan cuba menjalankan tanggungjawab yang diserahkan, termasuk mewarnakan karakter yang perlu dilakonkan dengan penuh semangat.

“Saya juga tidak gusar dengan hal yang pernah dilalui Neelofa sebelum ini, atau drama yang pernah dibintanginya. Saya dan Fattah orang yang berbeza. Saya janji akan buat sehabis baik.

“Soal sama ada drama ini akan mencipta fenomena atau tidak, ia bukan terletak di tangan saya. Kalau saya sudah melakukan sebaiknya, namun rezeki bukan menjadi milik drama berkenaan, apa lagi yang perlu dibuat?” katanya.

Nampaknya gandingan kali ini juga bakal meletup juga kerana para peminat Neelofa dan Alif telah pun memberi jolokan kepada meraka berdua iaitu #Alofa! – MYNEWSHUB.CC

Tags: alif satarNeelofa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Siapa Penembak Lebih Hebat, KJ Atau TMJ?

Next Post

Ikrar Bebas Rasuah Bukan Berpolitik – MB Johor

Related Posts

Neelofa, PU Riz Timang Anak Lelaki

31/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkongsi khabar berita apabila isterinya, Neelofa...

Kes Neelofa, Suami Ditangguh Lagi

12/08/2021
0

SEREMBAN - Sebutan semula kes membabitkan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar...

Next Post

Ikrar Bebas Rasuah Bukan Berpolitik - MB Johor

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd