• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Israel Lulus Rang Undang-Undang Kuasai Baitul Maqdis

oleh Ahmad Albab
18/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SATU-SATUNYA syarat Palestin bagi meneruskan rundingan damai dengan Israel ialah tuntutan menjadikan Baitul Maqdis Timur sebagai ibu negara Palestin Merdeka. Negara Palestin yang dituntut merangkumi Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Mengapa Palestin menuntut secara tegas syarat ini?

Jawapannya demi Allah dan Islam.

Palestin mahukan Baitul Maqdis Timur kerana di situ terletak Kota Lama. Di dalam Kota Lama terletak Masjidil Aqsa, tempat ketiga paling suci bagi umat Islam.

Mengapa Yahudi enggan bersetuju?

Jawapannya, demi Kuil Solomon yang dianggap tapak kelahiran agama Yahudi. Malah, Israel mahukan keseluruhan penguasaan terhadap Kota.

Kota Lama kini terbahagi tiga. Yahudi menguasai Tembok Ratapan dan Kristian menguasai Gereja Holy Sepulchre.

Umat Islam menguasai kawasan Kubah Emas dan Masjid Al Sakra. Kawasan ini juga dinamakan Haram Sharif. Tiap tapak dalam Haram Sharif dikaitkan dengan kejadian Nabi Muhammad berisraq dari Makkah sebelum bermikraj ke Sidatul Muntaha.

Semalam Israel meluluskan rang undang-undang keselamatan untuk mengukuhkan penguasaannya ke atas keseluruhan Baitul Maqdis.

Undang-undang ini akan menghalang mana-mana pemimpin Israel untuk meneruskan rundingan pembentukan Palestin Merdeka dengan bersetuju menjadikan Baitul Maqdis Timur sebagai ibu negara Palestin.

Rang undang-undang itu dicadangkan Ketua Parti Jewish Home, Shuli Moalem-Refaeli dan diluluskan Parlimen Israel.

Pemimpin parti Naftali Bennet, Bayit Yehudi menyifat rang undang-undang ini mengukuhkan kedudukan Israel terhadap Baitul Maqdis secara keseluruhan.

“Kejayaan penyatuan Baitul Maqdis akan menghalang usaha membahagikan bandar suci ini,’’ katanya.

Israel menuntut keseluruhan Baitul Maqdis manakala Palestin mahukan Baitul Maqdis Timur sebagai ibu negara Palestin.

Israel merampas Baitul Maqdis Timur setelah berjaya menghalau keluar pejuang Palestin dan Tentera Jordan dalam perang Arab-Israel 1967.

Tebing Barat tempat letaknya Baitul Maqdis dan Baitul Laham sebelum perang enam hari itu adalah wilayah milik Jordan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BaitulmaqdisIsrael
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub GENEVA – Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa pihak berkuasa dan pasukan keselamatan Israel secara...

Komander Batalion Israel Dilapor Terbunuh Dalam Pertempuran Di Selatan Lubnan

Komander Batalion Israel Dilapor Terbunuh Dalam Pertempuran Di Selatan Lubnan

19/06/2026
0

Oleh Mynewshub LUBNAN _ Israel (IDF) mengesahkan seorang pegawai kanan mereka terbunuh ketika operasi ketenteraan di selatan Lubnan, dalam insiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd