• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Israel Akur Henti Guna Pengesan Logam Di Al-Aqsa

oleh AK-47
25/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAITULMAQDIS – Israel akhirnya menghentikan penggunaan pengesan logam di pintu masuk Masjid al-Aqsa, Palestin.

Menerusi satu kenyataan hari ini, langkah itu diambil selepas usaha diplomasi antarabangsa yang mahu menghentikan rusuhan yang berlaku daripada merebak.

Kabinet keselamatan Israel menerima cadangan untuk menukar penggunaan pengesan logam kepada pemeriksaan keselamatan berdasarkan teknologi canggih dan cara lain, kata kenyataan pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Selepas keputusan itu diumumkan, beberapa ratus penduduk Palestin berkumpul untuk meraikannya.

Sebelum itu, beberapa pekerja mula menanggalkan pengesan logam yang dipasang.

Butiran mengenai teknologi canggih yang didakwa itu masih belum jelas walaupun masih terdapat kamera dipasang di pintu masuk Masjid al-Aqsa.

Ia juga tidak jelas sama ada langkah itu akan diterima oleh penduduk Islam.

Ketegangan antara rakyat Palestin dan rejim Zionis tercetus pada 14 Julai lalu apabila larangan menunaikan solat Jumaat dikenakan Israel terhadap seluruh Muslim.

Larangan berkenaan ditarik balik dua hari kemudian namun pihak rejim menguatkuasakan kawalan keselamatan dengan mengarahkan semua Muslim melalui pagar elektronik di setiap pintu masuk masjid suci itu.

Sebagai tanda protes, rakyat Palestin menunaikan solat di luar masjid berkenaan.

Pihak berkuasa Israel sebelum ini mendakwa pengesan logam diperlukan bagi mengelak penyeludupan senjata.

Keadaan itu menjadi tegang sehingga menyebabkan lima rakyat Palestin terkorban.

Tiga warga Israel juga terbunuh apabila seorang remaja Palestin menyelinap ke sebuah rumah di Tebing Barat dan menikam mereka.

Keputusan untuk mengalihkan pengesan logam dibuat selepas Raja Jordan, Raja Abdullah II mengadakan pertemuan dengan Netanyahu. – Agensi

Tags: IsraelMasjid Al-Aqsa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

23/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PARIS – Kerajaan Perancis secara rasmi mengharamkan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir daripada memasuki wilayah negara itu...

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd