Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Rogol Depan Suami, Daging...

TRAGIK... Sepasang suami isteri telah dibunuh dengan kejam di rumah mereka dan sebahagian...

Lelaki Dipercayai Cuba Curi...

BUKIT MERTAJAM - Orang ramai bertindak menahan seorang lelaki yang dalam keadaan mencurigakan...

Mayat Ditemui Di Pulau...

ALOR SETAR - Markas Tentera Darat mengesahkan mayat dijumpai Pasukan Khas Laut (Paskal)...

Tanah Runtuh: Operasi SAR...

GEORGE TOWN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang tertimbus dalam kejadian...

Ingin Belajar? Universiti Bukan Lagi Pilihan Utama

LULUS peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang bukan lagi menjadi suatu kebanggaan. Malah sekadar satu keperluan atau tiket untuk pelajar menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Jika definisi berjaya dalam pelajaran hanya untuk graduan universiti sahaja, maka hal itu sudah tidak relevan pada masa kini. Pelbagai institusi pelajaran dan kemahiran yang ditubuhkan, serta pelbagai institusi menawarkan peluang yang lebih luas dalam sektor pekerjaan.

Kepelbagaian bidang yang wujud pada masa kini lebih seperti bidang teknologi dan seni grafik melahirkan variasi minat dalam diri belia lepasan SPM.

Ada kemungkinan ibu bapa salah anggap kecenderungan anak mereka hanya sekadar hobi. Malah, mengkritik bidang kemahiran ini sebagai sesuatu yang tidak menjamin masa hadapan.

Dengan wujudnya Institut Latihan Perindustrian (ILP), Politeknik atau institusi kemahiran lain, setiap pelajar dapat menggapai impian dan cita-cita dalam pelbagai bidang diminati.

Justeru, bagi lepasan SPM yang punya skil dan kemahiran kreatif, univerisiti bukan pilihan utama.


Kini, tiada alasan lagi bagi pelajar yang tidak mendapat keputusan cemerlang dalam SPM untuk duduk berdiam diri. Peluang untuk berjaya dalam kehidupan dan membanggakan ibu bapa luas terbentang.

Universiti bukan lagi menjadi tanda tunggal kebanggaan. Malah, ia hanya salah satu daripada cabang pendidikan sahaja. Pada masa yang sama, pelbagai institusi keilmuan dan kemahiran berebut-rebut membuka pintu mencari lepasan SPM.

#LaskarMalaya

Kategori