• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Impian Jadi Kenyataan Pemilik Kereta Jaguar

oleh Ahmad Albab
06/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Biasanya, foto kereta dihiasi kereta mainan ‘Hot Wheel’ hanya dapat dilihat pada kertas dinding, tetapi Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman berjaya menampilkannya dalam bentuk realiti.

Menggunakan kereta pertama beliau jenis Jaguar, ahli perniagaan berusia 34 tahun itu melekatkan lebih 4,600 kereta mainan berkenaan pada seluruh kereta yang beliau beli 12 tahun lepas itu.

“Saya suka idea kreatif. Di samping itu, oleh kerana Jaguar adalah kereta pertama saya dan mempunyai nilai sentimental bagi saya, maka saya ambil keputusan untuk menzahirkan idea itu pada kereta berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Kereta yang beliau hias secara penuh kreativiti itu menarik perhatian banyak orang dan sesetengahnya merakamkan foto atau beraksi dalam swafoto di pelbagai tempat apabila mereka berpeluang melihat kereta berkenaan, termasuk ketika beliau meletakkannya di kompleks beli-belah.

“Saya gembira apabila orang lain gembira. Ada yang cuba menyuruh saya berhenti ketika memandu di jalan raya. Setakat ini, tidak banyak kereta mainan berkenaan yang hilang. Sudah tentulah saya perlu letak kereta saya di tempat lebih selamat apabila keluar,” katanya.

Kerja menghiasi kereta itu mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk siap dengan perbelanjaan RM20,000 dan kereta mainan berkenaan dilekatkan menggunakan gam kaca khas.

Beliau berkata, sejak mula menggunakan kereta yang dihiasi secara unik itu pada awal Januari, banyak orang ingin membelinya.

“Tak pernah terlintas langsung di hati saya untuk menjual kereta ini kerana inilah kereta impian saya sejak kecil lagi,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mencurahkan idea itu pada keretanya yang lain, Mahadi berkata pada masa ini, beliau tidak berhasrat berbuat demikian, walaupun pernah juga terfikir juga untuk menghiasi blazer atau sut dengan kereta mainan jenis sama.

“Idea ini mungkin pelik bunyinya, tapi jika kita kreatif, kita akan bersikap lebih positif,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: jaguar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd