• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Maut Dilibas, 8 Anak Landak Disusui Kucing Ini

oleh
28/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Lapan ekor anak landak nyaris kebuluran di sebuah zoo di Vladivostok, kira-kira 9,159 kilometer dari ibu kota Rusia; sebelum seekor induk kucing yang baik tampil menjadi ibu angkat.

Media tempatan melaporkan, kucing betina bernama Muska ini sanggup menjadi ibu susuan kepada haiwan kecil yang berbulu runcing itu setelah induk mereka mati secara tragik dalam insiden dilibas mesin pemotong rumput.

Landak-landak kecil itu pada mulanya ketika ditemui dikatakan menolak minum susu disuap dari botol, waima menerusi cara sedutan atau piring kecil selama dua hari, menurut kenyataan pihak pengurusan Zoo Sadoya.

Pada malam hari yang amat sejuk, bayi landak itu diberi bantal pemanas untuk menghangatkan perut mereka dan juga sebagai menggalakkan sistem pencernaan. Namun, usaha tersebut langsung tidak membuahkan apa-apa hasil.

Secara kebetulan pihak zoo teringat kepada Muska yang sebelum ini rajin membesarkan anak-anaknya, sekali gus  memutuskan untuk cuba pola pengasuhan luar biasa, iaitu memberikan air susu kucing kepada bayi landak.

Ibu Maut Dilibas, 8 Anak Landak Disusui Kucing Ini

Ajaibnya, anak-anak landak berkenaan yang memang agak teruk kelaparan itu langsung memberi reaksi positif terhadap kehangatan tubuh si kucing berwarna gelap tersebut bahkan menerima bau susu dan mulai menyusu.

Mamalia comel yang baik hati itu mula memberi makan kepada anak-anak landak selama lebih daripada satu minggu selain sanggup menidurkan mereka pada malam hari seperti anaknya, menurut akhbar tempatan, Vesti.

Bayi-bayi landak itu kini sudah dapat makan sendiri, meskipun Muska yang menjadi induk mereka masih lagi mengawasi proses tumbesaran harian dan ia turut dikongsi oleh pihak zoo menerusi akaun Instagram rasmi.

Antara foto dimuat naik itu menunjukkan bayi landak itu tengah tidur lena dalam mangkuk makanan. Jurucakap zoo, Sadgorod Alyona Asnovina menyatakan, kawanan landak banyak ditemui di wilayah timur Rusia tahun ini.

Ini bukan pertama kali seekor kucing merawat bayi landak yang kehilangan induknya di Rusia. Pada 2012, seekor kucing bernama Sonya mengasuh empat ekor bayi landak bersama anaknya sendiri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: kucinglandak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd