• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Ditetak Anak: Kepala Cedera, Jari Hampir Putus

oleh Ahmad Albab
08/07/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Seorang warga emas dari Kampung Lembaga, di sini, menerima lapan jahitan di kepala dan jari telunjuknya hampir putus apabila ditetak anak dengan parang secara tiba-tiba, petang semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.30 petang, mangsa, Che Jah Hussin, 65, sedang berada di rumah dan bersantai bersama dua anak yang lain serta cucu dan jirannya.

Menurut saksi yang juga anak mangsa, Nor Hazierah Awang, 26, ketika kejadian, dua abangnya berada di masjid menunaikan solat Jumaat.

Katanya, dia tidak menyangka suspek yang juga abangnya berusia 29 tahun itu bertindak di luar kawalan biarpun menyedari perubahan sikap sejak empat hari lalu.

“Sejak beberapa hari lalu, dia menunjukkan perangai pelik apabila tidak menjawab pertanyaan, ketawa tiba-tiba dan bercakap seorang diri. Sebelum ini, dia tidak pernah seperti itu walaupun seorang pendiam.

“Masa kejadian, saya berada di rumah bersama empat yang lain. Dia datang dan berdiri di hadapan ibu kemudian menetak kepala dua kali. Tetakan kedua menyebabkan jari telunjuk ibu hampir putus kerana cuba menghalang tetakan itu.

“Saya terkejut dan takut namun sempat menarik ibu keluar dari rumah. Selepas dia tetak ibu, dia duduk di kerusi seakan terkedu sehingga anggota polis tiba,” katanya lagi.

Tambah Hazierah, ibunya terus dikejarkan ke Hospital Gua Musang, selepas kejadian kerana berlaku pendarahan di kepala dan tangan.

“Kepala ibu kena lapan jahitan manakala jari telunjuknya hampir putus dan perlu dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superitendan Rajab Ahad Ismail mengesahkan kejadian terbabit dan suspek sudah dibawa ke balai untuk siasatan lanjut. – Sinar Harian

Tags: kes tetak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengaku Tetak Anak Dan Isteri, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

Mengaku Tetak Anak Dan Isteri, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

04/11/2025
0

Sibu: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun terhadap seorang lelaki berusia 58 tahun selepas...

‘Saya Dengar Suara Mengerang Kesakitan, Lihat Anak Berlumuran Darah’ – Ibu Mangsa Tetak

‘Saya Dengar Suara Mengerang Kesakitan, Lihat Anak Berlumuran Darah’ – Ibu Mangsa Tetak

25/10/2025
0

TUMPAT: "Saya terdengar suara mengerang kesakitan dari luar rumah sebelum keluar dan sangat terkejut melihat anak dalam keadaan berlumuran darah,"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd