Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Ibu Kucing Cekal, Tetap...

Naluri ibu yang mengasihi anak-anak sememangnya menjangkaui sempadan hidupan, sama ada manusia mahupun...

Bapa Rogol Anak Tiri...

PETALING JAYA - Seorang penjaga stor dijatuhi hukuman 29 tahun penjara dengan 20...

3,198 Kes Dilaporkan Hari...

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,198 kes baharu Covid-9 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif...

Resipi Kek Cawan Kelapa...

HIDANGAN pencuci mulut ataupun manisan adalah satu kemestian bila tibanya raya. Pelbagai aneka biskut...

Hsien Loong Mahu Elak Heret 2 Adik Ke Mahkamah

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong semalam berkata, dia mahu mengelak daripada mendakwa dua adiknya atas tuduhan memfitnahnya berhubung tuduhan dia menyalahguna kuasa dalam pertelingkahan mengenai rumah mendiang bapa mereka.

Sengketa antara pewaris perdana menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew, mencengkam republik berkenaan sejak pertengahan bulan lalu apabila anak kedua dan bongsunya melancarkan beberapa siri serangan terhadap abang sulung mereka menerusi media sosial.

“Dalam keadaan biasa, saya pasti akan menyaman mereka serta-merta,” katanya ketika menyampaikan Kenyataan Menteri di Parlimen semalam sebelum menjawab soalan anggota Dewan mengenai hal itu.

Menurutnya, jika tindakan undang-undang diambil, ia hanya akan memburukkan lagi nama ibu bapa mereka dan menjejaskan keyakinan rakyat Singapura terhadap pemerintahannya.

“Kerana itu, untuk membawa kes ini ke mahkamah tidak boleh menjadi pilihan saya,” kata Hsien Loong.

Adik lelakinya, Lee Hsien Yang dan adik perempuan, Lee Wei Ling, menuduhnya menyalahgunakan kuasa berkait dengan rumah lama keluarga itu di 38 Oxley Road. Mereka juga menyuarakan kebimbangan Hsien Loong akan menggunakan kuasanya terhadap mereka.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Hsien Yang berkata, dia dan isterinya, Lee Suet Fern, akan meninggalkan republik itu kerana merasakan kehadiran mereka tidak dialu-alukan.


Hsien Loong menafikan tuduhan adiknya dan berkata, dia kecewa kerana mereka memilih untuk mendedahkan masalah keluarga kepada umum.

Sesi Parlimen semalam adalah luar biasa bagi Singapura, negara kecil tetapi kaya dan dianggap paling stabil di Asia Tenggara.

Hsien Yang dan kakaknya, Wei Leing berkata, mereka mahu memenuhi hasrat bapa mereka seperti yang terkandung dalam wasiat mendiang supaya rumah itu dirobohkan sebaik Wei Ling berpindah dan tidak menjadikannya seperti muzium.

Hsien Loong bagaimanapun mempersoalkan wasiat berkenaan sementara sebuah jawatankuaasa kerajaan menimbang sama ada mahu menjadikan tapak warisan. – Reuters/myMetro Online

Kategori