Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Pemandu, Kelindan Maut Kenderaan...

KUANTAN - Seorang pemandu lori dan kelindannya maut selepos kenderaan dinaiki mereka merempuh...

Raja Permaisuri Agong Tetamu...

ALOR SETAR - Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat menghadiri rakaman...

Naib Presiden Maldives Disyaki...

MALE - Naib Presiden Maldives, Ahmed Adeeb, ditahan hari ini, kerana disyaki terbabit...

Harga RON97, RON95 Kekal,...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal RM1.55 seliter...

Hospital Melaka Perlu Lebih Bekalan Darah Jenis O

MELAKA – Unit Tabung Darah Hospital Melaka merayu kerjasama orang ramai untuk menderma darah bagi menangani masalah kekurangan bekalan darah.

Ketua Unit Tabung Darah Hospital Melaka, Dr Noramiza Mat Amin berkata pihak hospital menghadapi masalah kekurangan paling ketara darah jenis ‘O’, memandangkan ia kerap digunakan.

“Bekalan darah berkurangan pada bulan lepas disebabkan tidak ramai yang menderma darah kerana menjalani ibadah puasa dan jumlah penderma darah turut merosot bermula minggu lepas berikutan cuti panjang sempena sambutan Aidilfitri,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihak hospital memerlukan lebih banyak darah jenis ‘O’ pada musim perayaan seperti ketika sambutan Aidilfitri bagi menampung keperluan darah yang meningkat setiap kali musim perayaan.


“Kita memerlukan bekalan darah jenis O untuk ditambah dari semasa ke semasa bagi menampung permintaan bekalan terutama pada waktu kecemasan,” katanya.

Beliau berkata stok darah hospital berkenaan masih mampu menampung keperluan semasa, namun ia perlu segera ditambah bagi memastikan bekalan darah terus mencukupi. – BERNAMA

Kategori