Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Cuaca Buruk Gagalkan Cubaan...

JOHOR BAHRU - Hasrat 15 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia yang...

Majlis Keselamatan PBB Gagal...

KUALA LUMPUR - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dianggotai lima negara...

VIDEO: Ngeri!! Lelaki Ditetak...

BELUM habis terkejut dengan kes pergaduhan 'parang terbang' di sebuah pasaraya di Bukit Jambul,...

Hotel Singapura ‘Bajet’ Hias...

SINGAPURA - Susulan kelembapan teruk ekonomi Singapura, banyak hotel mewah di republik itu...

Honda Sasar Jual 700 Unit CRV Diperbaharui Sebulan

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia menetapkan sasaran jualan bulanan sebanyak 700 unit bagi model kenderaan rekreasi kompak (CRV) diperbaharui yang dilancarkan hari ini.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Katsuto Hayashi berkata CRV generasi kelima itu dilengkapi dengan teknologi maju ‘Honda Sensing’, yang mentakrifkan semula segmen kenderaan utiliti sukan di Malaysia.

Hayashi berkata model CRV yang dilancarkan baru-baru ini dan baki dua model yang bakal dilancarkan pada separuh kedua tahun ini, akan menyokong sasaran Honda mencapai sasaran jualannya bagi tahun ini.

“Pasaran mencabar. Kami pada kedudukan yang baik untuk mencapai sasaran jualan tahun ini yang berjumlah 100,000 unit, memandangkan kami telah menjual 52,000 unit setakat Jun tahun ini.

“Honda Malaysia memberi tumpuan terhadap teknologi maju untuk memgekalkan kedudukan utama dalam negara,” kata beliau selepas majlis pelancaran model berkenaan di sini hari ini.

Model baharu CRV itu didatangkan dalam empat varian iaitu 2.0-liter (L) pacuan dua roda (WD) (RM142,400 tanpa insurans); 1.5L turbocharged 2WD (RM155,700); 1.5L turbocharged 4WD (RM161,600); dan, 1.5L turbocharged premium 2WD (RM167,700).

Hayashi berkata teknologi ‘Honda Sensing’ berkenaan menggabungkan beberapa ciri keselamatan termasuk bantuan pemanduan, pencegahan perlanggaran depan dan pencegahan perlanggaran bahagian tepi.


Sementara itu, Naib Presiden Kumpulan, Akkbar Danial, berkata model Honda Malaysia paling laris buat masa ini ialah City, yang menyumbang hampir 30 peratus kepada keseluruhan jumlah jualan diikuti dengan BR-V dan Jazz.

“Dengan sasaran jualan bulanan sebanyak 700 unit, CRV baharu berkenaan akan menyumbang kira-kira lapan peratus kepada keseluruhan jualan.

“Kilang kami di Pegoh, Melaka mempunyai kapasiti pengeluaran kira-kira 100,000 kereta setahun yang dapat memenuhi permintaan dalam negara,” katanya. – BERNAMA

Kategori