Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

UMNO Bantu Rakyat Tanpa...

SANDAKAN - Pelaksanaan Program UMNO Bantu Rakyat memperlihatkan komitmen tinggi UMNO Pusat bersama...

PKNS Tawar 72 Unit...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menawarkan 72 unit kediaman ekslusif...

Dua Pelajar Maut Dalam...

SETIU - Dua pelajar sekolah maut setelah motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam...

PM Umum Saringan Kesihatan...

KUCHING - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tiga penambahbaikan untuk kebajikan...

Hari-Hari Terakhir Daesh Di Raqqa

DAESH berjaya menduduki dan menguasai Raqqa pada Disember 2014. Setahun empat bulan selepas Syria turut dilanda ‘demam’ Arab Spring.

Berbanding Tunisia, Algeria, Libya dan Mesir yang menghadapi Arab Spring pada 2011 dengan peralihan kejatuhan pemimpin, Revolusi Cedar di Syria mencetuskan perang saudara hingga hari ini.

Syria melalui konflik perang yang kompleks. Bermula dengan rusuhan awam disokong Amerika Syarikat (AS), ia berlanjutan dengan pembentukan Syrian Liberation Army (SLA) disokong AS dan sekutu Barat.

Namun senario perang saudara di Syria berkembang menjadi perang empat penjuru antara Tentera Syria menentang SLA, Daesh serta Jabat An Nusrat.

Daesh dianggap sebagai paling berpengaruh kerana ideologi kumpulan ini bertujuan konon mahu membentuk Negara Khalifah merangkumi Iraq dan Syria.

Empat tahun Daesh digeruni serta menguasai wilayah yang besar di Iraq dan Syria. Malah, pada satu ketika digelar ISIL iaitu Islamic State of Iraq And The Levant atau Daesh.

Pada era puncaknya, kekuatan ketenteraan Daesh dianggarkan melebihi 100 ribu anggota militan bersenjata. Namun Mei lalu, kubu kuat Daesh di Mosul, Iraq berjaya ditewaskan.

Disusuli kejatuhan kubu kuat di Aleppo, Syria. Satu gambaran Daesh menuju kelumpuhan. Namun, bagi pemerhati di Malaysia dan Indonesia, fokus utama terarah ke Raqqa berdekatan Aleppo.

Di Raqqa, wujud kem pejuang Daesh Nusantara yang dipercayai didiami 400 orang yang terdiri dari rakyat Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina.


Selain pejuang lelaki, kem ini turut menjadi petempatan didiami isteri dan anak-anak mereka yang turut menyertai Daesh. Raqqa kini sasaran akhir Tentera Syria selepas kejatuhan Aleppo.

Saki-baki pejuang garisan depan di Aleppo sudah melarikan diri dan bersembunyi di Raqqa. Kepungan Tentera Syria menyebabkan hampir 50,000 orang awam terperangkap di kubu terakhir pemberontak.

Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Syria turut memaklumkan, bekalan air dan keperluan lain semakin menyusut. Dianggarkan 2,500 pemberontak kini bersembunyi di Raqqa.

Pada 2015, menurut PBB, hampir 100 ribu orang awam berada di Raqqa. Namun, angka itu berkurangan setelah beberapa siri pemindahan penduduk awam dilakukan melalui siri gencatan senjata.

Minggu ini, Tentera Syria dengan bantuan jet pejuang Rusia dijangka melancarkan serangan dan ini menjadikan Raqqa terdedah pada pembunuhan awam. – MYNEWSHUB.CC

Kategori