• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harapan Malaysia Mara Ke Final AFF U-15 Lebur

oleh Ahmad Albab
21/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Harapan skuad bola sepak kebangsaan Bawah 15 Tahun untuk ke final pada Kejohanan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2017 Bawah 15 Tahun lebur, selepas kalah 0-1 kepada Thailand dalam perlawanan separuh akhir di Stadium Chonburi, Thailand semalam.

Gol kemenangan dijaringkan Jakkrapong Sanmahung pada minit ke-17 untuk pasukan tuan rumah mara ke final buat kali keempat, menurut laman web AFF, www.aseanfootball.org.

Dalam perlawanan separuh akhir yang lain, juara dua kali Vietnam, menewaskan juara bertahan Australia 2-0 di venue yang sama malam tadi.

Malaysia akan bertemu Australia pada perlawanan bagi tempat ¾ manakala Vietnam akan beraksi menentang Thailand pada perlawanan akhir. Kedua-duanya akan diadakan di venue sama pada Sabtu.

Edisi ke-12 kejohanan tahunan itu diadakan sejak 2002 menampilkan 12 negara dengan Australia mendahului cabaran Kumpulan A selain Thailand, Laos, Indonesia, Myanmar dan Singapura.

Kumpulan B terdiri daripada Vietnam, Kemboja, Timor-Leste, Filipina, Brunei dan Malaysia.

Untuk rekod, Malaysia muncul juara pada 2013 selepas menundukkan Indonesia 3-2 pada penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa perlawanan sebenar.

Kejohanan itu sebelum ini dimainkan oleh pasukan Bawah 16 Tahun. Kumpulan umur baharu ini diperkenalkan tahun ini.- BERNAMA

Tags: bolasepak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serap Semangat Skuad B-23

25/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Kejayaan skuad bawah (B-23) tahun negara yang berjaya menamatkan badi gagal menundukkan Korea Selatan selama 44 tahun...

‘Bolt Lebih Sesuai Beraksi Di Posisi Pertahanan’ – Vicente

13/09/2018
0

MADRID - Bekas pengendali Sepanyol, Vicente del Bosque merasakan Usain Bolt akan menjadi ‘pemain bola sepak yang amat bagus’ tetapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd