• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Haqiem Rusli Bakal Buat Konsert Solo Pertama

oleh
27/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WALAPUN baru-baru ini dikritik peminat berikutan kegagalan mencapai nada tinggi ketika persembahan langsung, namun bukan suatu halangan baginya untuk terus menebar sayap dalam dunia nyanyian.

Baca : Haqiem ‘Amuk’ Dikritik Tak Boleh Nyanyi Nada Tinggi?

Penyanyi Haqiem Rusli optimis dengan perancangan untuk mengadakan konsert solo pertamanya di Kuching, Sarawak. Konsert sulung itu dijangka bakal berlangsung bulan November depan.

Haqiem, 19, berkata sudah bersedia untuk berhadapan dengan mana-mana pihak yang mempertikai kemampuannya untuk mengadakan konsert tersebut memandangkan penyanyi ini masih baru dalam dunia nyanyian.

“Bagi saya, kalau tak cuba kita tak akan tahu bagaimana maklum balas daripada peminat. Jadi, sebagai pendatang baru saya beranikan diri untuk mengambil risiko. Tak salah saya mencuba nasib, katanya yang popular dengan lagu Segalanya,” ujar Haqiem, lapor Harian Metro. 

Tambahnya lagi, konsert tersebut bukanlah berskala besar. Dia yakin konsert tersebut bakal berjaya berikutan buat masa sekarang mendapat pelbagai reaksi positif daripada peminatnya di Kuching.

Idea untuk mengadakan konsert tersebut timbul ketika dia tampil di Gaya Raya Era anjuran Era FM Sarawak, sekitar dua minggu lalu.

Sekiranya konsert tersebut mendapat sambutan yang baik, Haqiem akan meneruskannya pula di Kuala Lumpur.

Selain mengadakan konsert, penyanyi ini turut merancang untuk menghasil album mini yang memuatkan lima buah lagu.

Ridzuan Haqiem Rusli atau lebih dikenali sebagai Haqiem Rusli merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik.

Dia merupakan komposer untuk lagu Pesan nyanyian Irfan Haris yang juga semakin hari mendapat tempat dihati peminat. – MYNEWSHUB.CC/ Amy Maizura

Tags: Haqiem Rusli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Lagi Saya Perlu Buat? – Haqiem Rusli

12/12/2018
0

KUALA LUMPUR - “Saya tidak tahu lagi apa yang perlu dilakukan kerana saya sudah meminta maaf, tetapi masih juga dikecam....

“Terasa Macam Dia Orang Syok Sendiri…” – Haqiem Rusli

21/11/2018
0

KONTROVERSI yang melanda nama penyanyi remaja Haqiem Rusli sebelum ini menyebabkan dia sering menjadi sasaran haters (pembenci) yang sering melemparkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd