• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Golongan Pendidik KKM Perlu Amal Nilai Murni

oleh AK-47
12/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BULOH – Kementerian Kesihatan (KKM) mahu tenaga pengajar dalam perkhidmatan awam di bawah kementerian itu sentiasa bersedia membantu pelatih yang memerlukan pertolongan dengan mengamalkan nilai murni termasuk sikap ramah mesra, empati dan memberikan sepenuh perhatian.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata sikap sedemikian adalah sejajar dengan pelan transformasi 1Care for 1Malaysia (1Care) yang dibangunkan KKM dalam usaha menjadikan sistem kesihatan nasional lebih responsif serta memberi pilihan kepada rakyat untuk mendapatkan penjagaan kesihatan yang berkualiti.

“1Care turut menyasarkan untuk memastikan liputan perkhidmatan yang sejagat berlandaskan kepada prinsip kesatuan dan kesaksamaan dalam meneruskan pelaksanaan sistem penjagaan kesihatan yang komprehensif dan meluas.

“Sebagai warga KKM, para pengajar terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang kesihatan diamanahkan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama seseorang individu.

“Amanah ini hendaklah dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan rasa tanggungjawab,” katanya pada perasmian dan ucapan Transformasi Nasional 2050 (TN50) sempena sambutan Hari Pengajar Institut Latihan KKM (ILKKM) 2016/2017 di sini, hari ini.

Beliau berkata graduan yang tamat pengajian dalam bidang masing-masing tidak boleh mudah berpuas hati dengan kejayaan yang diperoleh tetapi perlu menganggapnya sebagai titik permulaan dalam melahirkan modal insan yang bekerjaya dalam bidang separa perubatan.

Pada majlis itu, Dr Hilmi turut mengadakan sesi dialog dengan kira-kira 400 pengajar dari 32 kolej ILKKM seluruh negara bagi berkongsi pandangan berkaitan inisiatif TN50 yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau turut menyampaikan anugerah kepada pengajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam proses pengajaran dan pembelajaran. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Hilmi YahayaKKM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd