• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GiatMara Latih Tenaga Kerja Pakar Rel, Kereta Api

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – GiatMara diberi peranan untuk melatih dan menyediakan tenaga kerja pakar bagi memenuhi keperluan industri rel dan kereta api yang semakin berkembang di negara ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagi peringkat awal, institusi latihan itu akan menyediakan 760 tempat untuk pelatih mengikuti kursus itu.

“Seperti yang kita tahu, kita sekarang bercakap soal MRT, LRT, projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan projek Landasan Keretapi Pantai Timur ECRL, yang memerlukan ramai pakar-pakar.

Saya ingin memaklumkan yang terbaharu bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah pun memberi peranan baharu kepada GiatMara iaitu untuk menyediakan satu kursus baharu berkaitan kereta api,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Raya 4 All 2017 GiatMara di sini hari ini.

Katanya, sebanyak 24 buah GiatMara di seluruh negara akan terlibat menyediakan kursus latihan dalam bidang itu yang mana modul latihannya dibangunkan sendiri oleh pusat latihan itu dengan kerjasama pihak industri kereta api.

Katanya, pengambilan untuk mengisi tempat dalam kursus itu dibuka sekarang dan para belia yang berminat boleh membuat permohonan secara terus kepada GiatMara.

Ismail Sabri berkata, selain GiatMara, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) juga telah menyediakan kursus berkaitan industri rel dan kereta api untuk peringkat universiti.

“Untuk UniKL, kita bekerjasama dengan sebuah syarikat kereta api dari Jepun, sebuah dari China dan juga Rapid Rail di bawah Syarikat Prasarana Negara Bhd untuk menyediakan kursus itu,” katanya sambil menambah bahawa langkah tersebut akan mengelak negara bergantung kepada tenaga kerja pakar luar negara.

Dalam pada itu, mengulas kedudukan Tan Sri Annuar Musa sebagai pengerusi MARA, Ismail Sabri berkata ketika ini Lembaga Pengarah MARA sedang menunggu tarikh daripada Perdana Menteri untuk membentangkan laporan mereka berhubung hasil dapatan mesyuarat audit dalaman yang dijalankan sebelum ini berhubung perkara itu.

Pada majlis itu, Ismail Sabri turut menyampaikan surat penghargaan kepada tiga pelatih GiatMara yang akan bertanding mewakili negara ke Pertandingan Kemahiran Dunia 2017 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu pada Oktober depan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ismail Sabri Dihadapkan Ke Mahkamah, Mengaku Tidak Salah Tidak Isytihar Harta RM14 Juta

Ismail Sabri Dihadapkan Ke Mahkamah, Mengaku Tidak Salah Tidak Isytihar Harta RM14 Juta

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Beliau...

TPM Zahid Lawat Ismail Sabri Di IJN

TPM Zahid Lawat Ismail Sabri Di IJN

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menziarahi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd