• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fattah Amin Nasihatkan Peminat Jangan ‘Over’

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK pasal-pasal terkait sama dengan perbalahan antara kumpulan peminat Lofattah dan Fattzura dalam percutiannya, pelakon Fattah Amin, 27, menasihatkan mereka agar tidak bertindak melebih-lebih di media sosial.

Mungkin semakin tidak selesa dengan sikap sesetengah peminat yang terlalu obses sehingga sanggup bertikam lidah di laman sosial, bintang drama rantaian Hero Seorang Cinderella (HSC) itu berharap sikap itu dihentikan.

“Saya tak salahkan kelompok itu sebab mereka adalah peminat. Kalau mereka nak berfantasi (mengenai kisah percintaan dirinya), itu hak masing-masing.

“Apabila menyentuh pasal jodoh, saya hanya manusia biasa dan tidak tahu dengan siapa jodoh saya.

“Cuma, peminat jangan terlalu berlebih-lebih sehingga jadi perbalahan… ini tidak elok untuk industri,” katanya kepada BH Online.

Percakaran antara peminat itu tercetus apabila gambar percutiannya bersama Fazura dan beberapa teman lain di Koh Samui, Thailand dikecam ramai oleh kerana Neelofa juga dikhabarkan memilih destinasi percutian sama.

Dalam perkembangan lain, Fattah memberitahu, dia tidak berhak memilih heroin yang mahu digandingkan bersamanya.

“Saya tak boleh rancang dengan siapa saya nak bekerja atau digandingkan. Malah, saya tidak boleh ‘demand’ dalam perkara ini kerana semuanya diaturkan pihak produksi dan stesen televisyen (TV).

“Saya seorang pelakon yang hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan… selebihnya terpulang kepada peminat.

“Saya lebih suka peminat hargai pelakon kerana bakat, bukan menimbulkan kontroversi,” katanya yang turut bergelar usahawan apabila mengendalikan sebuah kafe makanan, Stalkers Cafe di Kota Damansara. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Fattah AminfattzuralofattahNeelofaNur Fazura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

07/10/2024
0

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah...

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

13/09/2024
0

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd