• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eyelash Extention Haram Hukumnya Wahai Wanita

oleh
30/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CANTIK luar, cantik dalam, tapi dengar sini dulu, kalau dah cantik buat apa nak ubah lagi? Sekarang memang dah cantik jangan nak tambah-tambah lagi. Syukur alhamdulillah…

Pastinya semua wanita ingin kelihatan cantik bagi memenuhi kepuasan diri mereka. Ada sesetengah wanita yang berasa lebih confident apabila dia tambil dengan imej yang menarik dan wajah yang jelita.

Namun, apa pula hukum jika kita mengubah ciptaan Yang Maha Esa? Tak puas hati sebab bulu kening tebal, dicukurnya, bibir nipis, dicucuk botox pula.

Malah jika bulu mata pendek dan nipis, dibuatnya eyelash extention, rambut konon tak cantik, ditanam pula rambut entah siapa-siapa dekat kepala tu.

Baca: Netizen Ini ‘Sound’ Gadis Ubah Kening Demi Cantik?

Allah S.W.T dah cipta setiap makhluk-Nya dengan ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Kita sebagai umatnya, haruslah sentiasa berasa bersyukur.

Apa yang lebih membimbangkan lagi adalah apabila ada sesetengah artis wanita berhijab serta model Muslimah yang juga mempromosikan perkhidmatan eyelash extention di laman sosial tanpa berfikir panjang.

Ketika hubungi oleh pihak mStar Online, penceramah bebas, Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat telah memberi ulasan lanjut tentang perkara ini.

“Memang haram hukumnya sambung rambut ni. Tak kisahlah sama ada sambung rambut, bulu mata, jambang atau pun bulu hidung.

“Ia boleh menjadi fitnah kerana mengubah ciptaan Allah dan menyambung rambut yang menyerupai kejadian asal bulu mata,” katanya.

Ulasan Syamsul Debat ini juga ada kaitannya dengan perbuatan sesetengah selebriti wanita tempatan yang kelihatan secara sengaja telah mengakui terang-terangan perbuatan mereka.

Ada yang melakukan eyelash extention dan turut menggalakkan orang awam lain untuk melakukan perkara yang sama seperti itu.

Tambah pendakwah selebriti ini lagi, ada perbezaan pendapat yang berkaitan pemakaian bulu mata palsu.

“Ada pandangan ulama yang bulu mata palsu (pakai buang) itu menyerupai kejadian asal bulu mata yang asli, jadi hukumnya haram.

“Namun, ada pandangan dari segi syarak dibenarkan seandainya berniat menghiaskan diri untuk suami atau kerana faktor kesihatan atau kecacatan hingga memaksa dia pakai bulu mata palsu itu.

“Tapi janganlah berlebih-lebihan macam bulu mata tarian singa tu pula,” ujar Syamsul Debat yang kelihatan berseloroh di hujung talian.

Jadi yang mana kita nak ambil iktibar? Nampak cantik tapi dalam masa yang sama dapat dosa. Kita nak kumpul pahala, bukan kumpul dosa.

Moga-moga tiada mana-mana artis wanita berhijab yang terasa dengan artikel ni sebab kita takda mention siapa-siapa pun di sini.

Kalau bukan artis sekalipun, ada juga para Instafamous yang buat benda macam ni. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: eyelash extentionSyamsul Debat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

26 Bungkus Daun Ketum, 43 Botol Ubat Batuk Dirampas

Next Post

Demi Anak, Memang Wajar Vaksin Syarat Masuk Tadika

Related Posts

Syamsul Debat Nafi Politik Jejas Reputasi Penceramah

25/06/2018
0

TANGGAPAN bahawa arena politik hanya membunuh kerjaya sebagai penceramah dinafikan oleh penceramah motivasi Syamsul Amri Ismail yang lebih dikenali Syamsul...

Boleh Tapi Tak Mahu Watak Kontroversi – Syamsul

25/06/2018
0

BERMULA sebagai personaliti program motivasi dan keagamaan, Syamsul Debat kini sedang diintai oleh ramai pengarah tempatan selepas kemunculannya dalam filem...

Next Post

Demi Anak, Memang Wajar Vaksin Syarat Masuk Tadika

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd