KERAJAAN telah mengumumkan plan untuk menjadikan industri kerja di Malaysia yang berasaskan tugas-tugas fizikal untuk menggunakan teknologi robotik dalam melaksanakan tugas-tugas tersebut.
Industri 4.0 yang bakal diperkenalkan di Malaysia akan menggunakan teknologi robotik secara menyeluruh. Jika sekarang hanya industri pembuatan sahaja yang menggunakan teknologi robotik, kini dengan dasar kerajaan yang baharu, pelbagai sektor ekonomi akan menggunakan teknologi ini.
Jika diteliti, banyak kemudahan yang dapat kita miliki dengan menggunakan teknologi robotik dan contohnya boleh dilihat di negara-negara yang membangun seperti Jerman, United States dan Jepun. Pelbagai masalah yang sering dihadapi sektor-sektor industri dapat diselesaikan dengan berkesan dan mudah.
Sistem yang dibangunkan merangkumi kemudahan menyelesaikan masalah, menganalisa data-data mentah, atau menganalisa masalah pengeluaran produk. Sebagai contoh, pengunaan teknologi ‘3D Image Scanner’ pada pokok kelapa sawit akan dapat memudahkan pekerja untuk mengesan jumlah bilangan buah kelapa sawit serta tahap kesihatan setiap pokok tersebut.
Teknologi ini bukan sahaja mudah untuk digunakan dalam bidang agrikultur atau pembuatan malah dapat digunakan dalam sektor pengurusan. Bajet 2017 telah memperuntukkan sejumlah dana untuk membangunkan teknologi dalam sektor ini bagi mengurangkan lagi karenah birokrat.
Indonesia juga telah memulakan teknologi robotik ini bermula Mei tahun ini dalam industri simen, petrokimia, automotif serta makanan dan minuman. Menurut Menteri Perindustrian Airlangga Hartarto, beliau menyatakan bahawa industri 4.0 di Indonesia bukan berada di depan mata tetapi sudah berjalan bergerak ke hadapan. “Di masa hadapan, industri ekonomi harus selaras dengan perkembangan teknologi”. Menurutnya lagi.
Perkembangan dunia teknologi yang lebih pesat membina sebuah negara yang lebih terkehadapan dan mencipta pelbagai bidang yang lebih maju dan luas dalam setiap sektor yang sudah wujud serta yang bakal wujud di masa hadapan.
Transformasi Nasional yang menjadi gagasan kerajaan akan menjadi platform dalam meluaskan lagi penggunaan industri robotik di negara ini.
Oleh:Nadia
#laskarmalaya

