• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Emas Sebenar Takraw Sukan SEA, Tewaskan Thailand

oleh AK-47
11/07/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad sepak takraw Malaysia berjaya meraih pingat emas dalam acara regu pada Sukan SEA 2015 di Singapura, namun kejayaan itu kurang ‘manis’ kerana musuh tradisi Thailand tidak menyertai acara berkenaan.

Namun bagi kategori berpasukan pula, Malaysia terpaksa akur kepada Thailand apabila tewas pada perlawanan akhir di temasya sukan edisi 2015 itu.

Sepak takraw yang sinonim dengan masyarakat Melayu bukanlah sekadar permainan semata-mata, ia melambangkan maruah dan jati diri dalam kalangan pencinta sukan itu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Bermula dengan Persatuan Sepakraga Pulau Pinang yang menganjurkan satu persidangan di antara wakil-wakil negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu pada Januari 1960, bertempat di Bangunan Persatuan Melayu Pulau Pinang, maka tertubuhlah Persekutuan Sepakraga Malaya ketika itu.

Pada 1962, bermulalah episod baharu dalam sukan sepak takraw negara apabila pertandingan pertama antara negeri-negeri yang dikenali sebagai Piala Emas Khir Johari mula dipertandingkan dengan Pulau Pinang menjuarai edisi pertama itu menewaskan Singapura yang muncul naib johan.

Sepak takraw mula diperkenalkan pada Sukan SEAP Kuala Lumpur 1965 dan Malaysia meraih pingat emas acara berpasukan.

Era penguasaan pingat emas Malaysia dalam acara berpasukan sepak takraw berterusan dalam Sukan SEAP Kuala Lumpur 1971 sehinggalah Sukan SEA Singapura 1983.

Namun, pasukan sepak takraw negara mula mengalami kemerosotan dan kali terakhir Malaysia meraih emas acara berpasukan adalah pada Sukan SEA Manila 1991.

Cabaran besar kini menanti Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) agar skuad negara merampas kembali pingat emas acara berpasukan yang didominasi Thailand.

Bagi Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail, beliau berkata persiapan skuad negara menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos ini, kini di tahap terbaik untuk bersaing dengan Thailand.

“Pengalaman saya sebelum ini (Sukan SEA lepas) bersama jurulatih, semasa hendak mengisi nama pemain, sekejap sahaja mereka boleh beri nama untuk regu A tetapi bila mahu mengisi regu B, semua terdiam kerana kita tidak mempunyai banyak pilihan pemain.

“Tapi dalam keadaan baru-baru ini, semua jurulatih pening kepala untuk memilih barisan pemain untuk dibawa ke Sukan SEA Kuala Lumpur kerana semua pemain sama, sangat bagus. Jadi perkara yang ditunggu itu telah berlaku dan ia merupakan petanda yang sangat baik,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad berkata beliau sendiri telah bersemuka dengan tekong harapan negara, Muhammad Syahir Mohd Rosdi dan menyampaikan hasrat yang telah lama terbuku di hatinya.

“Saya berkata kepada Syahir: Sebelum ini (Sukan SEA 2015) awak dapat emas tanpa penyertaan Thailand (emas acara regu di Sukan SEA Singapura 2015), tak sedap! Saya mahu pingat selepas kita menewaskan Thailand. Itu baru emas yang sebenar,” katanya.

Acara sepak takraw Sukan SEA 2017 bermula 16 hingga 30 Ogos di Stadium Titiwangsa di sini. – BERNAMA

Tags: Sepak TakrawSukan SEA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd