• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elektrik Haram: SESB Perlu Tegas Di Kawasan Setinggan

oleh Ahmad Albab
07/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) perlu bertindak tegas dalam menangani kegiatan mencuri bekalan elektrik di kawasan perumahan setinggan di negeri ini, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat.

Beliau berkata, penyambungan elektrik secara haram menggunakan pelbagai teknik menjadi punca kepada kebakaran besar yang berlaku pada setiap tahun di negeri ini dengan kes terbaru melibatkan 261 rumah di Kampung Hidayat, Batu 4, Jalan Apas dekat sini, Sabtu lepas.

“Insiden ini sepatutnya cukup memberi pengajaran kepada semua pihak dan pihak SESB perlu mengawal kegiatan mencuri bekalan elektrik yang semakin berleluasa,” katanya.

Hamisa, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, berkata kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan beras di pusat operasi bantuan untuk mangsa kebakaran Kampung Hidayat, Batu 4, Jalan Apas di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar sikap tidak bertanggungjawab sesetengah penduduk kampung yang mencuri bekalan elektrik sehingga menimbulkan kesusahan kepada pengguna elektrik berdaftar yang lain.

“Sedarlah tentang bahaya melakukan sambungan elektrik haram sehingga mendatangkan masalah dan beban kepada orang lain, jangan penting diri dan jadilah manusia bertanggungjawab,” katanya.

Dalam pada itu, Hamisa turut mengulangi saranan agar setiap rumah disediakan sebuah alat pemadam api dan sekiranya berlaku kebakaran masih boleh dikawal dengan pantas.

“Kalau kita boleh beli barang lain kenapa alat pemadam api kita tidak mampu beli, sedangkan benda itu (alat pemadam apo) diperlukan untuk keselamatan rumah,” katanya.

Dalam kejadian Sabtu lepas, sebanyak 261 buah rumah atas air musnah mengakibatkan 1,960 orang tinggal sehelai sepinggan. – BERNAMA

Tags: Elektrik HaramRumah Setinggan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Robot Seks 50 Posisi Jimak Bakal Bendung Perogol?

Next Post

PDRM Bakal Wujud Jabatan Antikeganasan – TPM

Related Posts

TNB Rugi RM3.2 Juta Di Kuantan Akibat Aktiviti Bitcoin

07/08/2019
0

KUANTAN - Sebanyak 33 premis sekitar Kuantan diserbu Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana disyaki melakukan pengusikan ke atas peti agihan...

Kira-Kira 15,000 Penduduk Setinggan Menghuni Johor Bahru

20/08/2018
0

JOHOR BAHRU - Kira-kira 15,000 penduduk setinggan di daerah ini yang tinggal secara haram di tanah kerajaan terdiri daripada golongan...

Next Post

PDRM Bakal Wujud Jabatan Antikeganasan - TPM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd