• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

E-Kad: 77 PATI Ditahan Di Port Dickson

oleh Ahmad Albab
12/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Seramai 77 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya dan Negeri Sembilan menerusi Op Mega E-Kad yang dilakukan di rumah kongsi sebuah tapak pembinaan, di sini, malam tadi.

Operasi selama dua jam bermula 10.30 malam itu disertai 148 anggota bagi mengesan PATI yang gagal mendaftar di bawah program Enforcement Card atau E-Kad selepas tempoh berbuat demikian berakhir 30 Jun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi) Imigresen, Datuk Jaafar Mohamed, yang mengetuai operasi tersebut, berkata seramai 185 warga asing yang terdiri daripada warganegara Indonesia, Pakistan, Bangladesh dan Nepal diperiksa di kawasan tapak pembinaan Splash Park, Batu 12, Pasir Panjang di sini.

“Daripada jumlah itu, 60 warga Indonesia, 15 (Bangladesh) dan masing-masing satu dari Nepal dan Pakistan ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/I63,” katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan tamat.

Beliau berkata daripada 77 yang ditahan, 71 daripada mereka lelaki manakala enam adalah wanita, yang kesemuanya berumur dalam lingkungan 25 hingga 60 tahun.

Beliau berkata kesemua PATI akan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Lenggeng atau Semenyih, bergantung kepada kekosongan depot.

Dalam pada itu, beliau berkata aktiviti penguatkuasaan akan terus dijalankan bagi memastikan keselamatan, kedaulatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini terus terpelihara.

“Kita tidak akan menganiaya orang yang kita tangkap malah kita lakukan secara berhemah, profesional dan berintegriti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd