Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Hiba, Tangisan Selubungi Istana...

PEKAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berangkat tiba...

Adenan Bayang Bajet Sarawak...

KUCHING - Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem membayangkan Bajet Sarawak 2007 akan...

Malaysia Menang Tiga Emas...

PALEMBANG - Hasrat pasukan memanah Malaysia untuk membolot bersih empat pingat emas tidak...

Belum Ada Keputusan Muktamad...

KUALA LUMPUR - Belum ada keputusan muktamad dibuat berhubung cadangan pengharaman rokok elektronik...

DSV ‘Seru’ Datuk CT Nyanyi Lagu I Am Me

SELEPAS lagu I Am Me nyanyiannya menjadi tular, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) berazam untuk terus mencetuskan fenomena dalam bidang muzik di negara ini.

Lagu tersebut mendapat sambutan yang sungguh hangat daripada orang ramai sehinggakan telah beberapa kali diparodikan meskipun baru dua minggu dilancarkan.

Bukan itu sahaja, malah lagu itu turut mencatatkan lebih 2 juta tontonan setakat ini, yang pastinya satu angka yang cukup membanggakan.

Terkejut dengan fenomena lagu I Am Me itu, Vida mengatakan beliau mahu lagu itu dinyanyikan oleh penyanyi No.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

“Saya tak sangka ramai buat video parodi I Am Me, ini membuktikan orang ramai menerima lagu nyanyian saya ini.

“Sekarang saya nak seru Siti (Nurhaliza) bawa lagu saya ini… tapi boleh ke dia? Saya nak tengok I Am Me versi Datuk Siti pula,” katanya, memetik mStar Online. 


Mengulas mengenai sambutan luar biasa terhadap lagu itu, beliau mengakui tidak menduga pertaruhannya untuk bergelar penyanyi membuahkan hasil.

“Mulanya saya bimbang andai lagu ini dan nyanyian saya tidak mencapai tahap yang saya inginkan. Jadi saya terpaksa ambil risiko.

“Tapi alhamdulillah tak sangka ia meletup dan jadi viral di seluruh dunia. Nampaknya pertaruhan saya menjadi,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori