• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Maut, 6 Cedera Kes Tembak Di Hospital

oleh Ahmad Albab
02/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Seorang doktor maut, manakala enam lagi cedera selepas seorang bekas pekerja hospital di New York City melepaskan tembakan di dalam bangunan itu semalam, sebelum menembak dirinya.

“Penyerang itu yang memakai kot makmal putih dan bersenjatakan senapang, menyerbu tingkat 16 dan 17 di Hospital Pusat Bronx-Lebanon, pada mulanya cuba membakar diri.

“Polis yang menyerbu bangunan itu mendapati dia mati akibat luka tembakan yang disengajakan,” kata jurucakap hospital.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis, James O’Neill, berkata seorang doktor ditembak mati dalam kejadian itu dan enam lagi cedera, lima daripadanya serius, termasuk seorang yang mengalami luka tembakan di kaki.

“Seorang doktor mati dan beberapa yang lain sedang bertarung nyawa,” kata Datuk Bandar, Bill de Blasio kepada wartawan.

Datuk Bandar menyifatkan kejadian tembakan itu sebagai ‘kejadian terpencil’ yang ada kaitan dengan masalah di tempat kerja.

Pihak berkuasa masih belum mengenal pasti lelaki bersenjata itu dan juga mangsa. – Reuters/BH ONLINE

Tags: doktorkes tembak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Beban kerja yang tinggi serta waktu kerja yang panjang dikenal pasti antara sebab utama doktor dan pakar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd