TIDAK hanya bergelar hos dan selebriti sahaja, sebaliknya Daphne Iking turut dikenali sebagai aktivis sosial yang sangat aktif membantu golongan yang memerlukan.
Terbaharu, Daphne menyertai sebuah kempen global yang bertujuan membantu komuniti kurang bernasib baik yang dihimpit kemiskinan.
Menerusi Vaseline Healing Project yang bekerjasama menyokong Program Perubatan Hope Worldwide Malaysia, Daphne mengajak orang ramai membantu dengan membeli sebarang produk Vaseline dan setiap RM1 akan didermakan kepada projek amal tersebut.
Pengarah Pemasaran Unilever Malaysia Holding Sdn. Bhd., Vincent Chong berkata, “Hope Worldwide Malaysia berbangga kerana dapat menjadi rakan Vaseline Healing Project, sebuah program mengagumkan di mana kami dapat memberikan penjagaan dermatologi kepada mereka yang memerlukannya, daripada komuniti miskin urban hingga ke kampung orang Asli, serta komuniti terpinggir di Sabah, Sarawak dan Labuan.”
Projek amal ini bermula 1 Jun lalu sehingga 31 Ogos ini. Untuk maklumat lanjut berkenaan program ini, anda boleh layari www.vaseline.com.my/healingproject. – MYNEWSHUB.CC