• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Buat Rumah Terbuka Aidilfitri Sebar Dakyah Parti

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – Kepimpinan tertinggi DAP dilihat semakin terdesak apabila menjadikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri parti itu sebagai tempat sebar mesej politik mereka kepada pengunjung.

Insiden biadab tersebut dilaporkan media tempatan berlaku di Dewan Serbaguna Sungai Jawi dekat sini pada Sabtu namun gagal mendapat sambutan rakyat yang mula berasa meluat dengan dakyah politik sempit DAP selama ini.

Tinjauan mendapati, beberapa ahli politik turut menyampaikan ucapan berbaur propaganda parti itu termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha DAP tetapi belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng.

Turut berucap ialah bapanya sendiri, Penasihat DAP, Lim Kit Siang selain Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo serta ahli seumur hidup DAP yang juga bekas Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

Lebih dahsyat apabila beberapa risalah mengandungi pelbagai isu politik yang cuba memburuk-burukkan Kerajaan Pusat Barisan Nasional diedarkan pihak penganjur secara bebas kepada semua pengunjung termasuk kanak-kanak.

Bagaimanapun, majlis yang bermula pada pukul 12 tengah hari itu dilihat gagal mendapat sambutan apabila banyak meja di dalam dewan komuniti berkenaan adalah kosong seolah-olah dipulaukan oleh rakyat Pulau Pinang sendiri.

Pengunjung majoritinya bukan Melayu juga kelihatan mula pulang kira-kira pukul 2.30 petang meskipun majlis tahunan anjuran pihak DAP negeri tersebut yang nyata hambar belum lagi selesai. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: DAP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd