• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuba Rasuah Polis, Lelaki Dipenjara, Denda RM10,000

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Tindakan seorang lelaki yang cuba memberi rasuah RM1,000 kepada anggota polis membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz turut memerintahkan tertuduh, Amir Khairi Hirman Mansor, 22, dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Tertuduh yang bekerja sendiri, didakwa memberi wang tersebut kepada Koperal Carsten Wilson sebagai dorongan untuk melepaskannya daripada ditahan setelah hasil ujian air kencing menunjukkan tertuduh positif dadah jenis methamphetamine.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Polis Manir di sini pada 10 Februari 2016, kira-kira 2.55 petang.

Bagi kesalahan itu, Amir Khairi Hirman didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman maksimun penjara 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd