• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chelsea Semakin Hampir Dapat Pengganti Costa

oleh Ahmad Albab
20/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

 

CHELSEA mengumumkan bahawa mereka bersetuju dengan perjanjian bersama Real Madrid untuk melengkapkan perpindahan penyerang pasukan itu ke Stamford Bridge.

Menurut kenyataan rasmi Chelsea, proses perpindahan Alvaro Morata hanya menunggu isyarat daripada pemain berusia 24 tahun itu sama ada dia bersetuju dengan syarat peribadi yang ditetapkan dan lulus pemeriksaan kesihatan.

“Morata merupakan penyerang kebangsaan Sepanyol dan membantu Real menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali kedua musim lalu,” demikian menurut kenyataan itu.

Alvaro Morata

Morata dikaitkan dengan Manchester United tetapi Jose Mourinho memilih untuk menandatangani Romelu Lukaku.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte begitu terdesak untuk mendapatkan Morata selepas mengumumkan Diego Costa tidak tersenarai dalam perancangan pada musim depan.

Nilai perpindahan itu dianggarkan sekitar 70 juta pound sterling.

Morata menjaringkan sembilan gol dalam 20 perlawanan bersama pasukan kebangsaan Sepanyol.

Dia kini menyertai siri jelajah bersama Real Madrid di Amerika Syarikat.

Perjanjian itu dicapai selepas Conte menandatangani kontrak baharu bersama Chelsea. – mStar Online

Tags: ChelseaDiego Costa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Liverpool Juara Piala Super UEFA 2019

15/08/2019
0

LIVERPOOL muncul juara Piala Super Eropah 5-4 menewaskan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti, selepas perlawanan tamat 2-2 di Istanbul. Penjaga gol baru...

Trofi Liga Europa Milik Chelsea

30/05/2019
0

BAKU - Eden Hazard meledak dua gol dalam penampilan terakhir bersama Chelsea untuk membantu pasukan itu menjulang gelaran Liga Europa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd