Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Yakin Bajet 2018 Ada...

ALOR SETAR - Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa yakin, Bajet 2018...

Kumpulan Penculik Minta Wang...

KOTA KINABALU - Polis mengesahkan keluarga dua rakyat Indonesia yang diculik di perairan...

Gambar Sultan Mizan Dukung...

GAMBAR Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang mendukung seekor kucing eksotik telah...

Pemandu Kereta Maut Dalam...

KUCHING - Seorang pemandu lelaki maut selepas kereta yang dipandunya berlanggar dengan sebuah...

Bukan Islam Boleh Jadi Presiden PAN?

KUALA LUMPUR – Perlembagaan Parti Amanah Negara (PAN) yang diluluskan Pendaftar Pertubuhan (RoS) baru-baru ini menimbulkan persoalan sama ada parti itu benar-benar parti Islam atau sebaliknya.

Ia berikutan Fasal 16.1(b) Perlembagaan PAN tidak menyatakan bahawa Presiden dan Timbalan Presiden parti yang menganggotai Pakatan Harapan itu mesti dalam kalangan Muslim negara ini.

Setiausaha Agung PAN, Suhaizan Kayat malah mengesahkan tentang Perlembagaan PAN tersebut sewaktu menjawab persoalan di media sosial adakah bukan Islam boleh menjadi PAN.

“Dalam fasal 16.1(b) dinyatakan bahawa Presiden dan Timbalan Presiden adalah orang yang mempunyai pemahaman yang mendalam dan komitmen jitu terhadap Islam,” katanya di Facebook semalam.

Perkembangan semasa menyaksikan ramai bukan Muslim turut mempunyai pemahaman yang mendalam tentang Islam termasuk golongan orientalis yang berpura-pura menyanjungi Islam.

Suhaizan dalam pada itu mendakwa PAN merupakan wadah politik Islam yang sederhana berasaskan konsep Rahmatalilalamin yang sesuai untuk Malaysia.

Kata beliau, kerana itu PAN diwujudkan bagi menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan.


Menurut beliau, Pakatan Harapan terdiri daripada PAN, DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Beliau dalam pada itu mendakwa DAP sebuah parti yang sangat menghormati agama Islam dan jika benar ia sebuah parti anti-Islam sudah pasti diharamkan di Malaysia.

Selain itu, katanya, PAN tidak mempunyai Dewan Ulama seperti PAS kerana ia menjuzukan peranan sesuatu kumpulan dalam sesebuah parti politik.

“Jka ada dewan ulama sudah tentu ada dewan profesional, dewan peniaga atau dewan pendidik. Berapa banyak perlu ada dewan-dewan?” sindirnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori