Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Rakyat Mexico Perlu Bekerja...

MEXICO CITY - Seorang rakyat Mexico yang mendapat gaji minimum perlu bekerja selama...

Turki Akan Dedah Apa...

TURKI akan mendedahkan maklumat yang dimiliki berhubung pembunuhan Jamal Khashoggi dan tidak akan...

PKR Bakal Berhadapan Krisis...

KUALA LUMPUR - Parti Sosialis Malaysia (PSM) menjangkakan hukuman penjara ke atas Ketua...

Anwar Konsisten Jawab Soalan...

SINGAPURA – Pertanyaan mengenai hubungannya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan...

Budak Ini Umur Sudah Lebih 50 Tahun

NEW DELHI – Apabila melihat tubuhnya yang kecil, ramai beranggapan Basori Lal masih seorang budak tetapi lelaki warga India itu sebenarnya berusia 50 tahun.

Basori yang memiliki ketinggian 74 sentimeter berhenti membesar ketika berusia lima tahun dan sehingga kini keluarganya tidak tahu mengapa keadaan itu berlaku.

Keadaan tubuhnya yang kecil menjadikan Basori seorang selebriti di kampungnya di Bhopal dalam negeri Madhya Pradesh dan ramai yang datang untuk bertemu dengannya.

Ketika remaja, Basori sering dibuli rakan sebaya kerana tubuhnya yang kecil tetapi kini dia menjalani kehidupan seperti orang lain.

Abangnya, Gopi Lal, 55, berkata, keluarganya berasa dirahmati kerana memiliki Basori.

“Pengunjung dari wilayah lain datang ke sini semata-mata mahu bertemu dengan Basori. Itu satu rahmat kepada kami.

“Kami bangga ramai orang yang menyayangi dan prihatin dengan Basori,” katanya.

Basori yang tinggal dengan abangnya itu berkata, dia gembira dengan kehidupannya walaupun badannya seperti kanak-kanak.


“Saya tiada masalah dengan ketinggian saya. Saya bekerja, hidup, tidur dan makan seperti orang lain,” katanya.

Basori gembira tinggal bersama keluarga abangnya dan dia juga bekerja di sebuah kilang untuk menambah pendapatan mereka.

Ketika kecil, Basori membesar sama seperti kanak-kanak yang lain tetapi keluarganya perasan dia berhenti membesar ketika berusia lima tahun.

Kerana keluarganya yang miskin, Basori tidak pernah dibawa berjumpa doktor dan keluarganya tidak tahu mengapa dia berhenti membesar. – Agensi/myMetro Online

Kategori